Hujung minggu lalu, perkarangan Kompleks Sukan Negara dipenuhi dengan pelbagai acara hiburan membariskan selebriti tempatan dan luar negara. Barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick telah memeriahkan Konsert Malam Bulan Bintang.
Konsert bertemakan muzik Islamik kontemporari itu telah diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 4 Mac 2023 dan ‘bertembung’ dengan Blackpink World Tour yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.
“Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah’.
Tular di laman sosial, susur masa Twitter dan TikTok dibanjiri dengan sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Selain persembahan memukau barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik, pentas 360 darjah turut mendapat perhatian ramai.
Jelas Azzim, dia tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh yang sama.
“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.
“Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal,” katanya.