Bertempat di Manor House Of Events KL baru-baru ini, butik SELLECTION baru-baru ini menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan para ahli dan pelanggan setia butik tersebut yang selama ini banyak membantu dan menyokong mengukuhkan jenama SELLECTION sebagai hub butik dalam merealisasikan impian wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa.
Majlis ini turut dianjurkan dengan penuh meriah dan warna warni bagi meraikan ulang tahun kelima penubuhan butik tersebut yang terletak di Wangsa Maju.
“Kejayaan memiliki butik ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes selepas melalui pelbagai cabaran antaranya cabaran lanskap bisnes ketika Covid, pelaksanaan PKP dan banyak lagi. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan tak lupa pelanggan setia”, jelas pengasas SELLECTION, Puan Nor Rafidah Khairuddin.
Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ di Montreal Kanada sejak lapan tahun lalu, Puan Nor Rafidah Khairuddin bersyukur memiliki empayar perniagaan sendiri di tanahair dengan harapan memenuhi impian setiap wanita untuk tampil anggun dengan barangan asli berjenama ‘kayangan’ dengan harga mampu milik.
Sellection.com ialah kedai fesyen berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi barangan serta aksesori berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade dan lain-lain, Sellection.com membantu mereka terutama sekali wanita meningkatkan keyakinan diri dengan tampil dengan barangan berjenama.
Turut diperkenalkan buat pertama kali pada majlis tersebut ialah Program Keahlian SELLECTION yang diberi nama SETIAA iaitu merupakan program keahlian premium yang direka khas sebagai satu cara dalam memberikan nilai yang lebih besar buat semua pelanggan yang dikasihi.
Bersesuaian dengan tagline SETIAA – Keyakinan, Kesetiaan dan Kebersamaan; program ini memberikan akses kepada pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh ahli SETIAA antaranya baucar beli-belah eksklusif, penghantaran percuma untuk pembelian dalam talian, sesi pemotretan profesional, dan seminar mengenai fesyen dan keyakinan diri.
“Kami mengharapkan program ini dapat memberikan nilai tambah buat semua pelanggan-pelanggan setia Sellection,” jelas Puan Rafidah lagi.
Dengan menjadi ahli SETIAA, ia akan membuka peluang untuk anda dalam memperkasakan diri serta menyelami perjalanan transformasi yang mengujakan untuk menjadi seorang yang lebih yakin, bergaya dan memberikan inspirasi buat orang lain sambil menikmati faedah pengalaman membeli- belah yang premium.
Turut hadir pada majlis Rumah Terbuka tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi SELLECTION, Encik Abdul Hadi.
Ditanya tentang perancangan SELLECTION untuk tempoh aakan datang, Nor Rafidah juga kini dalam perancangan untuk mengeluarkan koleksi beg jenama sendiri bahkan terbuka untuk berkolaborasi dengan jenama tempatan.
Untuk informasi lanjut dan membeli belah, anda boleh terus ke laman web SELLECTION hari ini, di mana SELLECTION juga menawarkan pembelian secara ansuran melalui beberapa saluran seperti Atome dan myIOU. Untuk daftar keahlian baru, anda boleh ke website www.setiaa.com.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.