Selaras dengan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk 5 Menteri wanita ini. Walau bagaimanapun Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad terlebih dahulu meletakkan jawatan pada 6 Ogos lalu.
Terima kasih diucapkan kepada kuasa lima orang wanita ini yang turut berganding bahu menjalankan pentadbiran negara termasuk 4 orang Timbalan Menteri. Mereka ini bukan calang-calang kerana mereka terdiri daripada tokoh politik berpengalaman, teknokrat dan pakar dalam pelbagai bidang.
Ads
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Sebelum dilantik sebagai Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Wanita yang berusia 47 tahun ini merupakan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA). Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Wanita yang berusia 53 tahun ini merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor. Datoā Dr Noraini Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan dari Universiti Saskatchewan, Kanada. Seterusnya memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Hajah Zuraida Kamaruddin telah dilantik sekali untuk mentadbir Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Perdana Menteri ke-8. Beliau merupakan Ahli Parlimen Ampang, Selangor. Kini berusia 62 tahun serta mendapat pendidikan awal di tanjong Katong Girl School, Singapura dan mempunyai pengalaman yang luas bekerja di sektor swasta sebelum menceburi politik.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan YB Datoā Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Ahli Parlimen Batang Sadong ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013. Berusia 59 tahun Datoā Sri Hajah Nancy Shukri memiliki darah Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau. Beliau merupakan pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM – Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).
1. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Datin Mastura Yazid merupakan balu kepada Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak. Berusia 59 tahun Datin Mastura Yazid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
2. Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga YB Datoā Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Ads
Datoā Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan. Kini berusia 57 tahun dan sudah tiga kali menang dalam pilihan raya 2008, 2013 dan 2018.
3 Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Datuk Wira Mas Ermieyati Hj Samsudin merupakah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka sejak memenanginya pada pilihan raya umum ke-13. Kini berusia 44 tahun dan memiliki 5 orang cahaya mata. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor.
4 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Dato Hajah Hanifah Hajar binti Taib
Bapa Datoā Hajah Hanifah Hajar Taib pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Balingian dalam Parlimen Mukah sehingga melepaskan jawatan apabila dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri pada 2014. Kini berusia 48 tahun merupakan bekas pelajar Universiti San Francisco, Amerika Syarikat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang nak dengar Chef Wan puji orang! Datuk Dr Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini seorang bapa yang baik. Hatinya mudah rapuh setiap kali mendengar atau bercerita mengenai kesusahan hidup seseorang.
Walau terkenal sebagai cef selebriti namun sebagai bapa, Chef Wan seorang yang tegas. Semuanya demi kebaikan anak-anak tersayang.
Terbaharu, posting bapa kepada dua anak ini di media sosial miliknya menarik perhatian apabila Chef Wan berkongsi rasa gembira melihat hubungan baik anak sulung iaitu Chef Riz dengan bekas isteri, Shikin Maembong.
Kedua-duanya bersikap professional ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka, Arianna Natasha.
Kakak kepada pelakon Emma Maembong ini kelihatan ceria meraikan hari lahir anak mereka di samping suami, Cat Farish dan bekas suami, Chef Riz serta ahli keluarga. Turut kelihatan adik-beradik Shikin termasuklah Emma Maembong dan suami, ibu tersayang dan beberapa rakan artis.
Biarpun Chef Riz dan Shikin sudah pun menjalani kehidupan bahagia masing-masing sekarang namun mereka sepakat untuk berbaik demi puteri kesayangan. Selain melupakan sengketa yang pernah timbul di antara mereka.
Ujar Datuk Chef Wan, āCincang air tak akan putus! In the end as families we must come together. Any issues can be solve at the table.
Nasihat orang-orang tua yang jauh makan garam dan berpengalaman jangan terlepas pandang. Susah atau senang masa sakit atau kegembiraan we must rai and be together for one another.
Saya orang luar pun saya bantu. Cina mati pun saya belikan keranda dua kali and contribute to the funeral expenses.
Apa lagi ahli keluarga sendiri. A lot of mouth to feed pun but the rezeki is always there. As grandparent I want everyone to be happy and comfortable.
We gain nothing but hatred and vengeance baik pun ke court dan turun court. Yang kaya itu all the lawyers. We also waste people time and public tax payer money.
Family feud ni biasa di mana-mana pun especially kita jadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Itu saja.ā
Tindakan Chef Wan puji kelakuan anak lelakinya di media sosial dapat perhatian warga maya.
Sementara itu, Shikin menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur kerana seluruh ahli keluarga dan bapa kepada Arianna hadir meraikan hari lahir.
āArianna turns 9, happy dia semua datang to celebrate her birthday and we had fun picnic kat Taman Titiwangsa. New experience. Mama, daddy Cat Farish, papa Chef Riz, mami loves you so much.ā
Semoga kebaikan yang terjalin di antara mereka menjadi contoh kepada pasangan yang sudah pun berpisah namun tetap berhubungan baik demi anak-anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jakarta, IndonesiaĀ untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.
Kesempatan tersebut turut digunakan oleh beliau untuk menghadiri sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang diberi nama Temu Anwar merupakan program dialog Perdana Menteri yang julung kalinya diadakan di luar negara.
Program tersebut turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Indonesia antaranya termasuklah Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina. Selain itu, turut kelihatan menghadiri program tersebut termasuklah penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, Nur Fazura dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.
Momen pertemuan pemimpin nombor satu negara itu dikongsikan oleh beberapa selebriti Indonesia yang nyata teruja menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menganggap perjalanan hidupnya tidak banyak berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyanyi Kumpulan Dewa 19 itu berkongsi kisahĀ pernah dipenjarakan satu ketika dahulu.
Tampil berseloroh ketika menyampaikan ucapan di pentas, Ahmad Dhani berkata, dia dan Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh pihak atasan.
“Anwar sama saya, pernah dipenjara oleh rejim, cuma Pak Anwar sudah menjadi orang nombor satu, saya belum,” ujarnya dalam nada bergurau.
Untuk rekod, vokalis kumpulan Dewa 19 itu pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur, Indonesia atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019.
Sesi tersebut juga merupakan ruang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk mereka yang menyaksikan secara langsung di alam maya.
Selain selebriti Indonesia, kelibat Nur Fazura turut kelihatan di salah satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah,Ā Faz telah berpeluang menyertai para seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia dalam Program āSantai Bersama Anwarā di Jakarta, Indonesia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah sudi menyantuni kami semua dengan mesra, serta memberikan pelbagai pandangan berkaitan budaya dan landskap seni kedua-dua negara,’ ujar Fazura melalui Instagram miliknya.
YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68 yang juga ibu kepada pelakon Khilafairy dikhabarkan dalam keadaan ritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam namun tidak dipastikan punca dan penyakit yang dihidapinya.
Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini. Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.
Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
āJaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.
āBagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba. āRohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
āSemalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,ā katanya kepada BH Online.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
āBagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
āPelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
āSaya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,ā katanya.
Sumber: Buletin TV3
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...