Semakin Hebat Dalam Lakonan Iklan, BETO KUSYAIRY Sahut Cabaran Bergandingan Dengan Pelakon Bertaraf Hollywood!

Sejak akhir-akhir ini, produk makanan sejuk beku terkenal sering menyajikan kemunculan artis-artis popular sebagai strategi pemasaran produk mereka dan ternyata strategi tersebut menjadi apabila ia berjaya menarik minat ramai untuk mencuba produk makanan yang disensasikan oleh selebriti kesayangan mereka.

Malah ramai menganggap content jenama terkenal kambing perap sejuk beku itu  disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.

Selepas menampilkan pelawak dan pengacara Big Stage dari seberang, Rina Rose bercakap loghat Utara di samping bakat cilik, Adik Haziq berbahasa Indonesia, terbaharu ditampilkan pula gabungan pelakon hebat, Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy.

Yayan merupakan pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto Kusyairy sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster. Kedua buah filem itu diarahkan Syamsul Yusof.

Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.

Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani

Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.

“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.

“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.

“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.

“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.

“Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.

“Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.

“Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat,” kata Nurina Izz.

Juga Baca: https://www.nona.my/selepas-11-tahun-lisa-surihani-dan-beto-kusyairy-kembali-bersama-hidupkan-nostalgia-filem-istanbul-aku-datang/

Tomok, Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy pernah menjadi viral apabila filem lakonan mereka, Istanbul Aku Datang menjadi content pemasaran produk sejuk beku

Sebelum ini jenama berkenaan kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Beto, Lisa Surihani, Tomok, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi.

Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.

Menampilkan jalan cerita yang menarik apatah lagi mengubah karektor Beto menjadi watak jahat atau antagonis, pengakhiran drama pendek tersebut mempunyai mesej yang baik khususnya meletakkan wanita sebagai inspirasi nombor satu!

Ternyata, dalam apa jua keadaan, hati lelaki pasti akan cair jika wanita yang dicintainya menginginkan sesuatu. Dalam senario ini, jelas makanan menyatukan jiwa dan rasa!

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu