Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Ads
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Fatin Afeefa Nampak Seperti ‘Remaja’ Belasan Tahun!
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Netizen Dan Rakan Artis ‘Approved’ Penampilan Baru Fatin Afeefa
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Ads
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia berusia tujuh tahun.
Ads
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian tahun lepas.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di sini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba hujung minggu tidak ada alasan lagi untuk culas dari bersenam. Bukan lama pun, hanya 30 minit sehari. Kalau tak mampu lakukan senaman berat, kita buat sahaja yang ringan. Boleh ajak satu keluarga untuk ke taman!
Bersenam
Luangkan lebih masa untuk bersenam. Walaupun otak kita rasa mahu berehat sepuas-puasnya tetapi cuba ‘pujuk’ tubuh untuk bersenam. Bangun awal pagi dan nikmati Udara segar sambal bersenam!
Atur jadual makan
Minggu ni rehat la sekejap dari makan banyak. Cukuplah sekadar boleh alas perut.
Jadual tidur tetap
Jika anda memilih untuk tidur lewat pada hujung minggu, bermakna anda akan mengganggu keseluruhan jadual seharian anda. Bayangkan jika anda mula tidur jam 12 malam dan bangun jam 11 pagi. Anda mungkin tak sempat sarapan dan terus menikmati hidangan tengah hari. Apa yang sepatutnya tubuh terima pada waktu sarapan telah berubah menjadi hidangan lain pula.
Tidur lewat juga boleh menyebabkan mata menjadi sembap dan menimbulkan lingkaran gelap bawah mata. Lebih baik teruskan dengan ‘beauty sleep’ iaitu tidur yang lena selama lapan jam dan terus mengekalkan kecantikan alami.
Aktiviti luar
Inilah masanya untuk melakukan aktiviti luar. Lima hari seminggu dihabiskan dengan memerap di pejabat berhawa dingin, jarang sekali menikmati vitamin D dari cahaya matahari. Terdapat kajian menunjukkan anda akan lebih ceria apabila meluangkan masa bersama alam semula jadi. Cubalah!
Hadkan pengambilan minuman
Hujung minggu nanti, hadkan pengambilan air bergula dan lebihkan air kosong. Di samping menjanjikan kesihatan lebih baik, anda juga boleh terhalang daripada kesan hidrasi.
Rancang untuk tenang
Berilah masa untuk tubuh dan otak anda berehat pada hujung minggu. Ketepikan kerja pejabat dan luangkan masa bersama keluarga. Recharge otak dan tubuh sebelum menjelang Isnin.
Diet on and off
Mentaliti diet on and off sangat berbahaya. Anda mungkin berdisiplin menjaga pemakanan pada hari biasa tetapi ‘tergelincir’ dari landasan bila tiba hujung minggu.
Bina pelan rancangan masa depan
Selepas menikmati cuti hujung minggu, cubalah rancang apa yang ingin anda lakukan untuk melalui minggu seterusnya. Rangka pelan mengikut keutamaan dan dari sini, anda pasti boleh bekerja dengan lebih efisyen dan tenang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Juhi Chawla pasti ramai peminat filem Bollywood terkenang wajah cantik aktres berkenaan. Sinonim sebagai heroin filem blockbuster di India dan sering digandingkan bersama barisan pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan, Juhi Chawla nyata memiliki aura dan karisma tersendiri.
Meniti usia 56 tahun, gandingan mantap Juhi bersama Shah Rukh Khan dalam filem Yes Boss dan Duplicate misalnya masih diingati sampai ke hari ini.
Memiliki rupa paras menawan, Juhi Cahwla pernah dinobatkan sebagai Miss India 1984. Kini walaupun pelakon wanita tersebut sudah menjangkau usia 50an tetapi kecantikan dan keanggunan Juhi kekal memikat seperti ketika zaman kegemilangannya dahulu.
Juhi Chawla dilahirkan pada 13 November 1967 dan isteri kepada Jay Mehta iaitu usahawan berjaya India. Mereka berkahwin pada tahun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jhanvi Mehta dan Arjun Mehta.
Juhi bertemu suaminya ketika diperkenal rakan yang juga pengarah Rakesh Roshan. Waktu itu Juhi sedang menjalani penggambaran filem Karobaar.
Kekal mempersona hingga ke hari ini, Juhi menerusi laporan media India mendedahkan dia mengambil minuman detoks demi menjaga kesihatan dalaman.
Segelas air lemon yang dicampurkan dengan madu. Minuman ini amalan terbaik untuk detoks dan membantu dirinya meneruskan tugas seharian. Kombinasi lemon dan madu berkhasiat untuk membuang toksin dalam tubuh, menyingkirkan kotoran akibat pencemaran dan membersihkan dalaman tubuh.
Kesihatan Mata
Juhi Chawla begitu menjaga kesihatan kulit mata dengan sapu krim mata setiap malam secara konsisten. Krim mata ini membantu melembapkan kulit di sekitar daerah mata dan memberi keanjalan.
Selain itu Juhi Chawla menggunakan kentang dengan menghiris nipis dan biarkan seketika di dalam peti sejuk. Kemudian letak di atas mata selama 20 minit untuk menyegarkan kulit di sekitarnya.
Jaga pemakanan
Katanya, penjagaan kecantikan bermula dengan apa yang dimakan. Jika wanita mahu kekal cantik dan awet muda, kena bijak mengatur pola pemakanan. Amalan pemakanan Juhi Chawla ialah makanan yang dibakar dan direbus. Selain elak makanan bergoreng, pedas dan bergula.
Demi pastikan tidak dehidrasi, Juhi minum 8 gelas air sehari dan mengambil yogurt.
Sumber: femina.in
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu ekonomi negara kembali menjadi perhatian sejak PKP 3.0 dilaksanakan. Namun saya paling tertarik melihat wajah Tehmina Kaoosji, pengacara program berbahasa Inggeris yang bukan saja cantik, tapi begitu memukau dan berpengetahuan tinggi.
Sejak mula mengenali wanita jelita kacukan Parsi-Cina ini, Nona sudah tertawan dengan ketinggian budi bahasanya.
Orangnya lembut, senang bertukar senyuman dan selalu cuba bercakap Bahasa Melayu meskipun kedengaran baku.
Tehmina Kaoosji atau Tehm, 37, adalah contoh personaliti media, pelakon dan ex-model iklan yang serba boleh.
Jika perasan, dulu wajahnya kerap menghiasi iklan-iklan komersial TV dan kini Tehm turut bergelar seorang pengacara berbahasa Inggeris di saluran Bernama dan TV3.
Rahsia kecantikan Tehm dikongsi secara eksklusif dalam video Bual Cantik ini. Banyak amalan dan tip yang boleh dipraktikkan ketika kita semua menghabiskan masa di rumah.
IMPIAN
Berasal dari Hyderabad, India, Tehm mempunyai kelulusan BA Mass Communication & Psychology dan IB English Literature.
Anak sulung daripada tiga beradik ini juga sangat meminati bidang seni persembahan.
“Ibu saya seorang rakyat Malaysia tetapi saya dibesarkan di Hyderabad, iaitu sebuah bandar Muslim di negeri yang penganut majoritinya adalah Hindu.
Saya berjinak-jinak dengan dunia modelling dan terpilih untuk menyertai Estee Lauder Model Search 2010 sewaktu bersiar-siar dengan adik di KLCC.
Itu membuka ruang yang lebih besar untuk diri saya. Saya dijemput menghadiri commercial casting, TVC dan iklan serta banyak peluang modelling.
Saya juga pernah menyertai Miss Universe Malaysia 2011 dan disenarai pendekkan sebagai TOP 20.” Tehmina Kaoosji
CARA PENJAGAAN DIRI
Menurut Tehm, semua perlu dirancang, diatur dan diuruskan dari awal. Kita mesti pandai meluangkan masa untuk kesihatan diri dan susun jadual sebaik-baiknya untuk memaksimumkan masa yang ada.
Saya suka bersenam, buat yoga yang ringkas untuk meregang dan menghilangkan stres serta menyediakan makanan sihat kerana saya selalu on the go.
Amalan multitasking sentiasa menjadi sebahagian diri ini. Saya akan menjawab e-mel, panggilan telefon dan mesej berkaitan kerja sewaktu dalam perjalanan berulang-alik ke mana-mana pun.
And in between everything, i try to get enough sleep! Hahaha…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...