Bilangan penghidap diabetes di seluruh dunia bakal berhadapan dengan peningkatan sebanyak dua kali ganda kepada 1.3 bilion orang menjelang 2050!. Ia merupakan satu kebimbangan untuk tahap kesihatan masyarakat akan datang yang kurang arif dalam soal penjagaan kesihatan. Antara faktor yang mendorong pertambahan itu adalah penindasan kaum dan jurang ketidaksamaan antara negara.
Ads
Berdasarkan penyelidikan baharu yang dijalankan, setiap negara di dunia bakal menyaksikan peningkatan dalam bilangan pesakit menghidap diabetes. Kira-kira 529 juta orang dianggarkan menghidap diabetes ketika ini yang menjadi satu daripada 10 punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia.
“Diabetes bakal menjadi satu daripada 10 punca utama kematian di seluruh dunia”.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal lancet, daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus adalah kes diabetes tahap dua yang dijangka bakal melebihi 1.3 bilion dalam masa kurang daripada tiga dekad.
Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca lebih separuh daripada kematian akibat diabetes.
Kajian itu turut menganggarkan menjelang 2045, sebanyak tiga per empat daripada orang dewasa yang menghidap diabetes menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Namun, menurut kajian Lancet yang dibuat secara berasingan, di negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS), kadar diabetes hampir 1.5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Hispanik, Asia atau Orang Asli.
Pengarang bersama kajian itu, Leonard Egede, dari Kolej Perubatan Wisconsin, menyalahkan ‘faktor ketidaksamaan’ menyebabkan penyakit itu semakin berkembang.
“Dasar perkauman seperti pengasingan kediaman mempengaruhi tempat tinggal masyarakat, akses mereka kepada makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan sihat.
Ads
“Cabarannya ialah kita tidak melihat campur tangan yang serius bagi memperbetulkan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, membendung diabetes memerlukan perancangan jangka panjang, pelaburan dan perhatian daripada negara di seluruh dunia.
Diabetes ketika hamil pula adalah keadaan yang dialami wanita hamil yang tidak menghidap kencing manis sebelum hamil, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal. Statistik pada 2012 menunjukkan bahawa sebanyak lapan peratus wanita mengandung didapati menghidap GDM.
Ads
Ketika seorang wanita hamil, pelbagai hormon dihasilkan oleh uri atau plasenta yang boleh menjejaskan fungsi dan keberkesanan hormon insulin dalam badan untuk mengawal paras gula badan.
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk ibu hamil yang mengidap GDM, antaranya mengambil langkah perlu bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal atau optimal ketika mengandung.
Pesakit juga perlu mengikuti rancangan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar pemakanan dan aktif melakukan aktiviti fizikal yang disarankan supaya paras glukosa darah dapat dikawal dalam julat selamat. -AFP.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang memandang wajahnya mesti tertawan dengan kejelitaan Kuza. Bakal meniti usia 50 tahun pada September nanti, tidak dinafikan aura dramatis ini masih memikat sampai sekarang.
Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah.
Disifatkan seorang wanita berjiwa sederhana, Kuza dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu sudi berkongsi pengalaman hidupnya agar dapat dijadikan inspirasi buat peminat.
Pada Disember lalu, foto yang dimuat naik Kuza yang memaparkan dia sedang mendukung dan mencium bayi menarik perhatian peminat. Rata-rata followers Kuza mengucapkan tahniah kerana jelitawan ini sudah pun mempunyai cucu dan berstatus nenek.
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Mencecah usia separuh abad, Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.
Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.
“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih.
Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”
Difahamkan Kuza sedang menjalani drama Melur Untuk Firdaus musim kedua di samping pelakon meningkat naik seperti Anna Jobling dan Meerqeen.
Dalam kesibukan sebagai pelakon, Kuza berani melangkah setapak ke hadapan menceburi bidang perniagaan tudung. Khabarnya, tudung jenama Kuza Scarf dijual kira-kira dua tahun lalu. Pelbagai rekaan menarik dan menepati cita rasa para hijabi masa kini. Tahniah!
Sentiasa cekal menghadapi detik sukar sepanjang bergelar ibu tunggal, Kuza bagaimana pun enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Jihan Muse bagaikan sudah sinonim dengan program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza. Celoteh dan gaya bersahaja Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berjaya menarik perhatian penonton.
Meskipun pembabitannya dalam bidang seni bermula sebagai seorang pelawak.
Kira-kira setahun berehat daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan putera kedua, kemunculan Jihan di pentas All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini mengubat kerinduan peminat.
Berkongsi pentas bersama dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, pesona Jihan tetap bersinar.
Malah rata-rata peminat teruja melihat penampilan terkini Jihan. Apa tidaknya, makin cantik jelita!
Anggun mengenakan persalinan hitam dan biru, wajah Jihan kelihatan berseri-seri hasil sentuhan makeup artist Syamiel.
29 Ogos lalu, isteri Ungku Hariz ini genap berusia 40 tahun. Jihan mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon.
Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Jihan Muse mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Ramai yang sudah menerima wang RM10 ribu pengeluaran daripada KWSP. Dengar cerita ramai yang bersesak beli emas agar duit KWSP itu ‘nampak’ dan tak habis begitu sahaja.
Pelaburan emas sememangnya bagus dan tidakan yang bijak. Namun, bila bersesak beli emas perlu lebih berhati-hati memilih agar tidak menyesal kemudian hari.
Gelang emas merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberi penampilan yang lebih menawan buat wanita. Terdapat banyak jenis atau model unik dan menarik yang boleh dijadikan pilihan hati.
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personaliti. Berikut merupakan tip untuk memilih gelang yang tepat dan sempurna!
UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah memperhatikan ukuran tangan terlebih dahulu. Pilihlah gelang yang sesuai dengan bentuk pergelangan tangan. Cuba gelang pilihan agar nampak sesuai dan padan dengan bentuk tangan dan personaliti. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat buat tangan.
GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup. Contohnya, jika aktiviti harian lebih santai dan menenangkan, boleh menggayakan gelang yang diberi sentuhan feminin seperti gelang yang diperbuat daripada manik ataupun mutiara. Sekiranya aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal mahupun kulit cukup sempurna buat anda.
MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut citarasa anda samada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan lain-lain lagi. Jika anda sukakan gaya mewah, anda boleh memilih gelang yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan memilih gelang yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mendapat kepuasan saat memakainya. Selain itu, pilih harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang keranai trend semata-mata. Apa yang lebih utama ialah ia tampak sesuai dan sempurnadi pergelangan tangan anda.
Tip simpan barangan kemas
GEL SILIKA – Kelau membeli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak di tempat penyimpanan aksesori.
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...