Semakin Ramai Penduduk DUNIA Hidap DIABETES Menjelang 2050

Bilangan penghidap diabetes  di seluruh dunia bakal berhadapan dengan peningkatan sebanyak  dua kali ganda kepada 1.3 bilion orang menjelang 2050!. Ia merupakan satu kebimbangan untuk tahap kesihatan masyarakat akan datang yang kurang arif dalam soal penjagaan kesihatan. Antara faktor yang mendorong pertambahan itu adalah penindasan kaum dan jurang ketidaksamaan antara negara.

Berdasarkan penyelidikan baharu yang dijalankan, setiap negara di dunia bakal menyaksikan peningkatan dalam bilangan pesakit menghidap diabetes. Kira-kira 529 juta orang dianggarkan menghidap diabetes ketika ini yang menjadi satu daripada 10 punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia.

“Diabetes bakal menjadi satu daripada 10 punca utama kematian di seluruh dunia”.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal lancet, daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus adalah kes diabetes tahap dua yang dijangka bakal melebihi 1.3 bilion dalam masa kurang daripada tiga dekad.

Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca lebih separuh daripada kematian akibat diabetes.

TURUT BACA: https://www.nona.my/diet-pesakit-diabetes-chef-nik-michael-lancar-e-buku-simple-healthy-cooking-bersama-kempen-for-your-sweetheart/

Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca lebih separuh daripada kematian akibat diabetes.

Kajian itu turut menganggarkan menjelang 2045, sebanyak tiga per empat daripada orang dewasa yang menghidap diabetes menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, menurut kajian Lancet yang dibuat secara berasingan, di negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS), kadar diabetes hampir 1.5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Hispanik, Asia atau Orang Asli.

Pengarang bersama kajian itu, Leonard Egede, dari Kolej Perubatan Wisconsin, menyalahkan ‘faktor ketidaksamaan’ menyebabkan penyakit itu semakin berkembang.

“Dasar perkauman seperti pengasingan kediaman mempengaruhi tempat tinggal masyarakat, akses mereka kepada makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan sihat.

“Cabarannya ialah kita tidak melihat campur tangan yang serius bagi memperbetulkan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, membendung diabetes memerlukan perancangan jangka panjang, pelaburan dan perhatian daripada negara di seluruh dunia.

Diabetes ketika hamil pula adalah keadaan yang dialami wanita hamil yang tidak menghidap kencing manis sebelum hamil, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal. Statistik pada 2012 menunjukkan bahawa sebanyak lapan peratus wanita mengandung didapati menghidap GDM.

Ketika seorang wanita hamil, pelbagai hormon dihasilkan oleh uri atau plasenta yang boleh menjejaskan fungsi dan keberkesanan hormon insulin dalam badan untuk mengawal paras gula badan.

Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk ibu hamil yang mengidap GDM, antaranya mengambil langkah perlu bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal atau optimal ketika mengandung.

Pesakit juga perlu mengikuti rancangan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar pemakanan dan aktif melakukan aktiviti fizikal yang disarankan supaya paras glukosa darah dapat dikawal dalam julat selamat. -AFP.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu