Sejak pulang dari umrah pada Februari lalu, penampilan Juara Dewi Remaja 2005/2006 Scha Alyahya ini dilihat semakin manis dan berseri.
Sejuk je mata memandang.
Minimalis dan tidak berlebihan itulah Scha Al-Yahya, ibu anak dua yang kini mencecah usia 39 tahun. Pakai apa pun tetap nampak cantik.
Ketika ditemui di sebuah acara pertunjukan fesyen baru-baru ini, Nona mengambil kesempatan bertanya tentang perkembangan terkini Scha termasuklah sambutan Ramadan tahun ini.
“Alhamdulillah, rasa cepat sangat kita masuk tahun baharu. Dah puasa, dah nak raya.
“Sambutan Ramadan tahun ini sederhana saja. Saya seorang yang simple, keluarga juga jenis yang simple.
“Setakat ini tiada apa-apa plan lagi.”
Kongsi Scha lagi, Ramadan tahun ini dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Masa yang ada ingin dimanfaatkan dengan rutin-rutin ibadah iaitu berbuka puasa, solat berjemaah dan berterawih bersama suami serta anak-anak.
“Buat masa ini saya memang nak fokus terhadap anak-anak terutamanya anak kedua kami, Lila. Dia dah pandai nak ajak solat.
“So bagi saya itulah keseronokan dan momen yang ditunggu-tunggu.”
Menyentuh tentang karier pula, baru-baru ini Scha dilantik sebagai muse untuk jenama fesyen tempatan, Amber Official milik usahawan terkenal Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd.
“Selepas 1-2 tahun berehat, saya decided untuk berkolaborasi pula dengan local brand. Lagi pula Datin Adzliana adalah rakan saya. Sejarah di sebalik koleksi Amber sangat panjang.
“Antara nama-nama besar dalam industri kreatif yang ada di sebalik jenama Amber Official ialah Fizi Woo, Min Luna dan Yana Baharudin.
“Semestinyalah saya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang hebat ini untuk sama-sama mengketengahkan Amber Official.”
Kongsi Scha lagi, dalam koleksi ini turut diserapkan ‘DNA’ mengikut personalitinya. Seperti kita tahu, Scha jarang mengenakan pakaian-pakaian yang berwarna terang dan berwarna warni.
“Disebabkan raya, we go colorful betul-betul, full printed. Dipakai bukan hanya untuk raya bahkan boleh juga untuk the whole year, percutian mahupun harian.
Ini yang saya suka tentang kokeksi ini. Ia sangat praktikal.”
Untuk info, Scha yang berketurunan Melayu, Cina dan Arab ini dilahirkan di Sungai Petani, Kedah.
Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Scha juga merupakan anak saudara kepada pelakon, Usop Wilcha.
Graduan Diploma Teknologi Maklumat dari MSU Shah Alam ini juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007).
Kemudiannya Scha melibatkan diri dalam dunia peragaan, iklan TV dserta lakonan.
Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini membawa kebahagiaan buat Scha sekeluarga.
Kredit Foto: Instagram Scha Al-Yahya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.