Untitled design - 2021-10-06T121448.088

Mungkin bagi sesetengah orang berjaya menghabiskan menghabiskan 114 Surah dalam AlQuran adalah perkara biasa. Namun, tidak kurang juga yang berbangga dengan diri sendiri dapat khatam Al-Quran lebih-lebih lagi dengan bacaan dan tajwid yang betul. Ia merupakan suatu tanda aras pada diri mencapai sebuah kejayaan.

Ads

Kejayaan Erra Fazira khatam AlQuran baru-baru ini telah menyuntik inspirasi wanita lain untuk meneruskan bacaan walaupun dihambat dengan kesibukan tugas harian. “Alhamdulillah, happy moment! Setelah bertahun, akhirnya,” tulis wanita yang berusia 47 tahun ini di platform media sosialnya.

Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Tergambar riak ceria di wajah pelakon utama Drama Gerak Khas ini sambil mengalunkan bacaan AlQuran. Tambahnya lagi, “Kali ni mencabar nak selesaikan (bacaan AlQuran) sebab cuti lebih banyak. Terima kasih ustaz di atas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami. TAHNIAH!! Let’s do this again...!!” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Teringat saat menemubual Erra Fazira ketika membuat sesi penggambaran bersama Majalah Nona tentang kerap dilihat menghadiri kelas mengaji atau cenderung ke arah program spiritual, jelasnya, ā€œSebenarnya aktiviti ini sudah lama saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Ads
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira

Namun, kewujudan platform media sosial ini semakin memudahkan saya untuk berkongsi dengan peminat setiap aktiviti yang dilakukan. Seperti belajar mengaji Al-Quran saya lebih seronok mengajak teman-teman rapat untuk bersama-sama memperbaiki bacaan dan memperbetulkan tajwid.

Ads
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Koleksi Majalah Nona
Semangat Baiki Bacaan & Betulkan Tajwid, ERRA FAZIRA Berjaya Khatam AlQuran Walau Banyak CabaranĀ 
Foto: Instagram @errafazira

Kadang-kadang timbul juga rasa malas untuk meneruskan pembelajaran tetapi kawan-kawan akan menjadi pemangkin menaikkan semangat untuk terus belajar. Namun, saya tetap menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna seperti yang tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar Muslimat,” ucap pelakon filem Sembilu yang bergandingan dengan Dato Awie ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI