Semarak Hari Merdeka & Hari Malaysia Tahun Ini Dengan The Nirmala Series SofeaRose X KTMB.

Fesyen dan kecantikan sememangnya mempunyai hubungan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Gabungan fesyen dan solekan menjadi aspirasi wanita untuk tampil lebih berkeyakinan dan mampu berhadapan dalam apa jua situasi.

Kolaborasi ini mencipta sejarah industri fesyen tanah air apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api.

Meraikan Hari Kemerdekaan ke 65 serta sambutan Hari Malaysia, SofeaRose secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu, The Nirmala Series sempena bulan Kemerdekaan ke-65 hasil kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Ia merupakan kolaborasi pertama kalinya dianjurkan dalam sejarah industri fesyen tempatan sekaligus menambahkan warna untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Irma Hasmie, antara selebriti yang memberi sokongan terhadap jenama SofeaRose

Mempertaruhkan tiga koleksi hijab dan aksesori berupa totebag, magnetic pin, lanyard serta twilly, kolaborasi ini turut mencipta sejarah di dalam industri fesyen Tanah Air secara amnya apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api baru-baru ini.

Setiap motif dan elemen yang ada pada Nirmala Series diinspirasikan oleh unsur Kemerdekaan dan KTMB iaitu kereta api, ekstrak bunga dan mercu tanda Malaysia. Setiap mainan warna juga membawa simbolik klasik dan keamanan. Tampil dengan material Celine Matte Satin, Premium Chiffon dan pastinya Premium Cotton Voile khas buat pencinta hijab jenis bawal yang sinonim dengan citarasa mewah.

Tetap mengekalkan identiti SofeaRose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak 18 warna dipertaruhkan untuk rangkaian Long Shawl dan Square Scarf. Setiap set akan hadir bersama hard covered box.

Koleksi khas Merdeka SofeaRose X KTMB ini mempunyai element landasan dan stesen kereta api yang menjadikan koleksi ini istimewa untuk dimiliki sempena kemerdekaan negara!

Share
Published by
Rosmah Idayu