Di sebalik tawa dan komitmen Jasmin Hamid dalam kerjaya sebagai pelakon, rupa-rupanya ada kisah sedih yang disembunyikan aktres ini. Jun tahun lalu dia dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung, 14 September lepas pula Jasmin sekali lagi dimasukkan ke hospital.
Memuat naik gambar dirinya lengkap mengenakan persalinan hospital warna merah jambu, selebriti berusia 49 tahun ini berkongsi keadaan kesihatan kepada umum.
“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang sayangkan saya. Hari ini saya admit di hospital dan (my birthday 15/9) akan jalani minor operation.
Mohon doa dari kalian untuk Allah lancar dan mudahkan semua procedure operation dan bebas kanser rahim. Berkat hari Jumaat, insyaAllah.”
Tambahnya lagi, “Sebelum ni ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu, mengguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan buatkan saya stress untuk berjumpa dengan sesiapa.
Tak ada siapa pun dalam dunia ni nak gemuk termasuklah saya. Hari ini saya reveal kenapa.. sebab saya ada cyst dan hormon saya dah huru-hara hingga terjadi pendarahan pada rahim saya. Jadi pada yang sesuka hati kutuk fizikal badan saya, saya maafkan.
Terima kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian. Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa.
Saya ok, saya kuat. InsyaAllah, Allah Maha Baik.”
View this post on Instagram
Dia turut berkongsi menerima pemberian istimewa daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran pada 15 September lepas. Walau hanya diraikan di wad namun ingatan suami terhadapnya cukup memberi makna.
Jasmin Hamid mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya iaitu Nazmir Abdul Rahim pada 19 November 2021.
Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid mendedahkan momen istimewa mereka bermula apabila Nazmir dikatakan mahu menjaga pelakon berbakat berkenaan lebih daripada seorang pengurus dan artis.
Meskipun 12 tahun lebih muda daripada Jasmin tapi kesungguhan Nazmir berjaya menambat hati selebriti tersebut yang ketika itu sudah 10 tahun berstatus ibu tunggal.
Jasmin sebelum ini pernah membintangi filem Boss pada tahun 1991 dan dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 menerusi drama Jutawan Segera. Dia juga menerbitkan filem Kerambit terbitan syarikat miliknya iaitu Cahaya Sina Sdn Bhd.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/3-generasi-cantik-comel-cecah-usia-60an-kejelitaan-aznah-hamid-seakan-tidak-pudar/