Walaupun anda sudah selesa dengan sapuan krim, tetapi semburan wajah ni umpama magis hanya dengan semburan saja. Bila rasa lesu dan kulit kering, hanya semburkan face mist dan anda terus rasa segar semula!
1.Melembap dan melegakan
Iritasi pada kulit sering berlaku bila tubuh dalam keadaan dehidrasi. Bayangkan kulit anda adalah penghalang daripada kesan pencemaran udara, cahaya terik matahari dan bakteria. Produk penyembur wajah yang berfaedah dan sesuai dengan semua jenis kulit adalah Thermal Water Spray yang kaya dengan mineral dan melindungi kulit dari serangan luar.
2.Hidrasi dan perlindungan matahari
Pendedahan kepada ultraviolet dan cahaya matahari adalah antara faktor penyumbang kepada kulit wajah kering. Untuk memastikan kelembapan wajah sentiasa stabil pda tahap normal, hidrasi secara intensif dan perlindungan sangat diperlukan daripada krim siang anda.
Kerana itu, kita digalakkan menyapu wajah dengan krim mengandungi SPF setiap dua jam. Untuk lebih mudah, semburan wajah yang mengandungi SPF sangat diperlukan ketika ini. Hanya semburkan pada wajah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
3.Perlindungan dari pencemaran alam sekitar
Kulit wajah kita mempunyai pori yang membolehkan asap, habuk, gas dan pelbagai lagi pencemaran udara untuk masuk ke dalam liang pori yang terbuka. Inilah musuh yang akan menyebabkan wajah lebih cepat tua.
Penyembur wajah dari bahan semula jadi misalnya menggunakan tumbuhan yang melindungi kulit dan memberi hidrasi secara semula jadi. Malah ia juga menghalang ancaman kepada kulit wajah.
Ads
4.Mempertingkatkan penghidratan
Kulit yang mendapat pendedahan berpanjangan menghakis kelembapan semula jadi. Cuba perhatikan arahan pada botol penyembur wajah anda, di mana anda perlu dab menggunakan jari agar kandungan semburan meresap ke dalam kulit.
Penyembur wajah mengandungi antiokxidant photophenols dan plant glycerin sangat sesuai untuk melembut dan menghalang kehilangan kelembapan.
5. Solekan tampak semula jadi
Sebelum mengenakan solekan, penyembur wajah ini juga boleh melembapkan kulit, menjadikan solekan anda lebih semula jadi. Rona yang ‘memeriahkan’ wajah anda juga mudah diratakan dan tahan lebih lama.
Ads
6.Kurangkan pengeluaran minyak
Bahagian zon-T dan liang pori besar ada dua perkara yang perlu dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak. Kehadiran penyembur wajah adalah penyelamat yang membersihkan liang pori, memastikan ia bersih dan melepaskan lebihan sebum serta mengelakkan jerawat.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rusia dan Ukraine, dua negara yang kini sedang bergolak hebat merupakan negara yang paling sering melahirkan ratu cantik dunia dan supermodel terkemuka. Mila Kunis, Milla Jovovich dan atlet tenis, Maria Sharapova antara nama-nama jelitawan popular kelahiran dua negara tersebut.
Susulan krisis ketegangan yang melanda di wilayah bergolak Rusia-Ukraine, perhatian dunia tertumpu pada nasib rakyat yang menjadi mangsa, golongan warga emas, kaum wanita dan kanak-kanak.
Ini termasuklah golongan ratu cantik yang pernah menawan dunia dengan kejelitaan serta kelebihan diri mereka yang mempesona. Apa terjadi pada misi keamanan dunia yang selalu dilaungkan?
MISS UKRAINE 2015, ANASTASIIA LENNA
Kebangkitan wanita Ukraine seperti bekas Miss Ukraine Anastasiia Lenna, 31, membuktikan jiwa patriotik mereka yang sebenar, sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara.
Meskipun bertugas sebagai pengurus perhubungan awam di Turki, namun bekas Miss Ukraine 2015 itu sanggup kembali ke negaranya sebagai tentera sukarelawan.
MISS UNIVERSE 2002, OKSANA FEDEROVA
Sementara itu, bekas Miss Universe 2002 dari Rusia, Oksana Federova, 44, pula lantang memberi kenyataan yang memihak pendirian negaranya. Melalui hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa rakyat Rusia tidak mempunyai pilihan selain menyokong keputusan pemimpin mereka, Vladimir Putin.
Beliau turut menegaskan bahawa krisis yang berlaku adalah demi menyelamatkan rakyat Rusia. Kenyataan model dan pengacara televisyen itu walau bagaimanapun ditentang oleh warga Rusia sendiri yang menyokong perdamaian.
Jika biasanya peserta-peserta pertandingan ratu cantik di seluruh negara menyahut mesej keamanan dunia, nampaknya kali ini mereka sendiri yang berbelah-bahagi.
Apa pun yang berlaku, sudah masanya krisis Rusia-Ukraine ditamatkan segera. Sama-sama kita mendoakan jalan perdamaian terbaik buat dua negara berjiran itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa baru kahwin sanggup tahan kentut. Tapi selepas lahir anak pertama, siap kentut lagi depan suami. Tapi masalahnya kentut ni jenis yang tak boleh ditahan. Jadi tahanlah malu tu ya!
Urat-urat rahim yang sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini boleh menyebabkan faraj atau bahagian rahim tidak sihat. Apabila berlakunya kentut vagina, maksudnya faraj longgar atau hilang grip bila bersama suami.
Mungkin luka jahitan nampak kemas di luar tapi tidak bermakna rahim sudah sihat di dalam. Wanita yang mengalami masalah kentut vagina selalunya turut mengalami masalah keputihan dan berbau hamis.
Kentut vagina juga bermaksud urat faraj sudah tidak sesihat dulu. Maka bermulalah masalah kedinginan dalam rumah tangga, isteri tak bernafsu, libido menurun dan selalu ingin menghabiskan permainan sebelum suami klimaks.
Petua Mustajab
JANGAN SESEKALI MENYEMBUR AIR PAIP ke dalam kemaluan kerana ini akan membuka ruang udara dalam kemaluan.
Berdehem selepas membuang air kecil.
Membasuh kemaluan dengan sempurna.
Mengelap faraj sampai kering dan pakai pantyliner yang bersih.
Pakai seluar dalam yang selesa dan kemas agar angin tidak mudah keluar masuk sebelum berwuduk atau menunaikan solat.
Rahim Tidak Sihat
Organ rahim ibarat ‘enjin’ bagi wanita. Buat wanita selepas bersalin, golongan yang lasak, kerap bersukan atau obesiti, risiko untuk mengalami rahim bermasalah lebih besar jika tak dijaga dengan betul.
Sebenarnya terdapat banyak tanda-tanda yang jelas, yang menunjukkan masalah kesihatan rahim yang dihidapi. Antaranya;
(a) Kentut Vagina
Akibat rahim bermasalah dan vagina kembang.
(b) Selalu Kembung Perut
Tanda-tanda badan dimasuki angin termasuk di dalam rahim seperti mencucuk.
(c) Sakit Sewaktu Bersama Suami
Selalu terasa sakit di bahagian ari-ari apabila bersama suami.
(d) Kerap Kencing/Tidak Lawas
Mudah terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa dan mudah dijangkiti masalah kencing kotor. Ada juga rasa ngilu semasa membuang air kecil.
(e) Sakit Ari-Ari
Kerap lenguh di pangkal paha hingga merebak ke lutut.
(f) Sakit Pinggang
Seperti senggugut dan sakit di sekeliling pinggang ke atas (tulang belikat).
(g) Sakit Kaki
Rasa berdenyut di bahagian tumit dan sering rasa sengal atau bisa-bisa di tapak kaki.
Cara Mengatasi Masalah Rahim
Bertungku di bahagian rahim dalam gerakan ke atas.
Elakkan membuat aktiviti lasak dan angkat benda berat.
Jaga makan walaupun selepas selesai tempoh berpantang.
Pakai bengkung.
Elak makanan sejuk dan banyakkan makanan segar. Amal pemakanan seimbang.
Buat senaman lantai pelvis atau Kegel untuk menguatkan otot dan ligamen yang memegang rahim.
Berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan yang jatuh. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kini kelihatan semakin langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Penampilan Melly Goeslaw yang dahulu.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Memetik perkongsian Melly Goeslaw dalam podcast bersama Melaney Ricardo baru-baru ini, dia kini hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang.
Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
“Menyeksa diri sendiri, Tuhan telah menciptakan manusia dan organ mereka menjadi yang terbaik dan paling sempurna.”
“Ya Allah, betul-betul menyeksa diri. Salah satu nikmat yang Allah beri ialah makan.”
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kate Middleton ketika menyambut Donald Trump di Istana Britain, mengenakan mahkota mutiara kegemaran Puteri Diana yang digayakan bersama gaun renda.Putera William dan isterinya, Kate...