
Selepas genap seminggu bersalin, pelakon Farah Nabilah tampil berkongsi nama cahaya mata keduanya pada Selasa. Menurut Farah, 31, putera keduanya yang dilahirkan pada 26 Julai lalu itu diberi nama Yusuf Gibran Mohamed Amirul.
“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh. Yusuf Gibran Mohamed Amirul, 26 Julai 2023,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta itu turut menzahirkan rasa terima kasihnya atas doa orang ramai kepadanya sekeluarga.
“Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah SAW dan dilindungi dari segala kejahatan,” katanya.
Farah berkahwin dengan suami, Mohammed Amirul Yunus, 32, yang juga merupakan seorang juruterbang pada 20 Disember 2019. Anak sulung pasangan ini, Andre Omar kini berusia tiga tahun.
Sumber: Sinar Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Tahniah! MEERQEEN Jadi Rakyat Malaysia Pertama Jadi Duta YSL BEAUTY MALAYSIA

Rezeki tak pernah salah alamat! YSL Beauty memaklumkan bahawa pelakon Melur Untuk Firdaus, Meerqeen telah dilantik sebagai duta untuk Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia. Sekaligus, Merqeen merupakan selebriti pertama Malaysia yang dilantik menjadi duta YSL Beauty.
Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam dikenali sebagai seorang yang jangkaui batasan, hidup bebas, serta tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan. Sifat-sifat ini membuatkan beliau menjadi pilihan YSL Beauty, sebuah jenama yang menyahut perkara tidak konvensional serta menggalakkan orang ramai supaya tidak menyesali diri sendiri.
“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.
Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan. Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” ujar Meerqeen.
Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia. Stail yang luar biasa dan pendekatan tidak gentar dalam kehidupan yang diperlihatkan oleh Meerqeen membuatkannya wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty yang direka demi orang yang tidak takut menjadi berbeza.
“Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia,” kata Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura.
“Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini.”
Pelantikan Meerqeen sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan beliau seorang bintang yang kian rancak dalam industri hiburan. Popularitinya di kalangan muda-mudi Malaysia menjadikan beliau sebagai teladan kepada ramai yang beraspirasi untuk hidup tanpa kompromi.
‘Melting’ Tengok Kecomelan & Telatah Anak Sulung EYRA HAZALI “Hayder Besar Nanti Sure Handsome & Bijak Nih!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Bayangkan, pada usianya yang masih kanak-kanak, Hayder sudah bijak bergurau senda dengan kedua ibu-bapanya.
Apatah lagi setiap kali ada perlawanan bola sepak daripada team Johor, Hayder akan turut berada di stadium tersebut untuk memberi sokongan kepada ayahnya.
Baru-baru ini, pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu berkongsi momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki alam pra-sekolah. Ini ditambah pula dengan wajah Hayder yang comel menerima pujian ramai wargamaya.
Malah Eyra dan suami juga seringkali berkongsi telatah Hayder Qalish untuk hiburan peminat-peminat mereka di Instagram mahupun Twitter, membuatkan ramai yang geram dengan telatah dan gelagatnya yang bersahaja. Masya allah, memang comel sungguh Haider ni kan!
Gelahat Haider boleh disaksikan menerusi akaun Tiktok @haiderqhalish14 yang yang dipercayai dibuka oleh Eyra dan Haziq. Sehingga kini akaun tersebur mempunyai 142 ribu pengikut.
Watch on TikTok
Walaupun perkahwinan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli baru beranjak ke usia 3 tahun lebih, namun ramai yang mengagumi keluarga harmoni Eyra dan suami yang cukup bahagia. Apatah lagi Eyra dikhabarkan cukup memamahi profesion suaminya dan saling menyokong antara satu sama lain, malah sanggup pindah ke Johor untuk bersama suaminya.
Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020 dan Muhammad Endra Haqimie, pada 29 April 2022.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq diberkati dan kekal bahagia hingga ke Jannah, dan kedua-dua anak comel mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Buat Iklan, Capai Lebih Ramai Pelanggan, Ini Masanya Lonjakkan Bisnes Anda Pada Musim Pandemik!

Tempias pandemik COVID-19 tentu sekali menjejaskan mata pencarian pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME). Walaupun dah beralih secara digital, tapi jenuh juga meniaga online kalau pelanggan tak ramai.
Sama ada promosi tak kencang atau guna saluran tak popular, cabaran berniaga online ni sememangnya besar. Modal mungkin lesap kalau silap percaturan, buat iklan macamana pun tetap tak berkesan.
Menariknya, ada satu portal baharu diwujudkan sebagai one stop centre untuk usahawan SME. Astro Media Solutions (AMS) melancarkan SME360, sebagai inisiatif pengiklanan serta pemasaran yang mampu membantu anda menjangkau pelanggan dengan lebih baik.
Sama ada pengusaha makanan atau produk kosmetik, pakej media yang ditawarkan oleh SME360 pasti menguntungkan anda!
Ia menyasarkan kumpulan pasaran yang lebih efektif, didukung oleh rangkaian pengguna Astro yang kukuh dan memiliki ekosistem media yang mantap secara keseluruhannya.
Menggunakan platform TV, radio dan digital hebat di bawah AMS, kembangkan bisnes anda secara besar-besaran pada harga berpatutan. Tak percaya? Tengoklah kisah sukses para pengusaha SME ni sendiri…

Dan yes, semua pakej ni termasuklah jenama IP Nu Ideaktiv di bawah Astro Malaysia macam Majalah Nona!
Portal SME360 dilancarkan untuk memacu perniagaan anda secara lebih efektif namun pada kadar pengiklanan yang mampu milik.
Ia boleh menjadi penyelesaian kepada situasi semasa, seterusnya memastikan komunikasi berpanjangan dengan pelanggan sasaran masing-masing.
BERI PULANGAN
Majalah Nona tertarik dengan tawaran di portal SME360. Antaranya:
- Pakej pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien
- Penyiaran di platform media sosial
- Pemasaran e-dagang
- Penglibatan influencer untuk promosi
- Sesi konsultasi percuma untuk menjana idea atau produksi kandungan iklan

“Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktunya kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang berlaku ini.
Dengan ketidaktentuan dalam pasaran hari ini, adalah menjadi keutamaan untuk golongan SME memastikan hubungan dengan pelanggan mereka terus berlangsung dan mampu mencetuskan kepastian bahawa mereka sentiasa ada untuk pelanggan di luar sana.
Justeru itu, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini,” jelas Pengarah AMS, Wong See Wei.
HARGA BERPATUTAN
“IsY, mahal ke pakej SME360 ni? Tak mampulah buat iklan mahal-mahal waktu COVID-19 ni…”
Eh, sabar dulu. Percaya tak, pakej-pakej SME360 ni memang bajet dan berpatutan? Dapat lagi produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio).
Kalau rujuk rakan SME lain ke portal SME360 pun bagus. Anda akan dapat kredit pengiklanan istimewa tau!

Jadi tak rugi guna saluran SME360 ni untuk kembangkan bisnes waktu musim pandemik!
Layari SME360 (klik di sini) untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran di Astro Media Solutions.
Yang pasti, ia dikuasakan oleh ekosistem transmedia, dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat di tanah air!
Jangan tunggu lama-lama, fast action fast results!