Seminggu Bersalin, Yusuf Gibran Pilihan Nama Cahaya Mata Kedua FARAH NABILAH

Selepas genap seminggu bersalin, pelakon Farah Nabilah tampil berkongsi nama cahaya mata keduanya pada Selasa. Menurut Farah, 31, putera keduanya yang dilahirkan pada 26 Julai lalu itu diberi nama Yusuf Gibran Mohamed Amirul.

“Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh. Yusuf Gibran Mohamed Amirul, 26 Julai 2023,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta itu turut menzahirkan rasa terima kasihnya atas doa orang ramai kepadanya sekeluarga.

“Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah SAW dan dilindungi dari segala kejahatan,” katanya.

Farah berkahwin dengan suami, Mohammed Amirul Yunus, 32, yang juga merupakan seorang juruterbang pada 20 Disember 2019. Anak sulung pasangan ini, Andre Omar kini berusia tiga tahun.

Sumber: Sinar Harian

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus