Inspirasi

“Semoga Allah Terima Ibadah Ini,” Selesai Rukun Islam Kelima, Amy Mastura Syukur Rezeki Tunai Haji Bersama Keluarga!

Selain selebriti tanah air seperti Ella, Datin Alyah, Elfira Loy dan Datuk Amy Search yang selesai menunaikan ibadah haji tahun ini, seorang lagi personaliti popular iaitu Amy Mastura tidak ketinggalan menjadi jemputan tetamu Allah bagi melaksanakan rukun islam kelima tersebut.

Khabar berkenaan diumumkan empunya diri baru-baru ini di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian itu, figura berusia 53 tahun tersebut memuat naik gambar sepanjang menjadi dhuyufurrahman. Lebih bermakna, suami tercinta dan dua anak perempuan kesayangan turut diizinkan menjadi jemaah haji tahun ini.

Artikel https://www.nona.my/moga-peroleh-haji-mabrur-ella-dan-datuk-amy-search-selamat-tunai-ibadah-haji-tahun-ini/

Dedah Amy Mastura, “Assalamualaikum salam Jumaat semua, alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun islam yang kelima. Semoga Allah menerima ibadah ini. Akak minta maaf akak tak update apa-apa masa akak di Mekah.

Akak nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff dan petugas Eiman Travel terutama Ustaz Zawawi, Ustaz Zulkifli, Ustaz Wahairi, Ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.

Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua.

Akak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat akak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah SWT serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti. InsyaAllah.”

Artikel https://www.nona.my/panggilan-last-minute-yang-sangat-bermakna-nur-liyana-rahman-sebak-tunai-haji-saat-akhir-bersama-suami/

10 Mei lepas genap 53 tahun usia pemilik nama Amy Mastura Suhaimi yang juga ibu dua anak ini.

Artikel https://www.nona.my/lebih-2-dekad-jadi-isteri-alvin-tham-suffian-amy-mastura-kekal-imej-bersih-awet-muda-usia-53/

Bintang Puteri Impian ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.

Mencecah usia perkahwinan 24 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.

Share
Published by
Suzi