Uncategorized

“Semoga Ina Jadi Setabah Mak” Datuk Seri Rina Harun Enjoy Luang Masa Dengan Ibu

Seronok membaca coretan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun setiap hari. Ada saja perkongsian menarik dan nasihat yang diselitkan ketika beliau turun padang, berkhidmat menyantuni rakyat.

Namun satu perkara yang menarik tentang ahli politik ini adalah keakrabannya dengan ibu tersayang. Kebiasaannya pada hujung minggu dan sebelum PKP lagi, Datuk Seri Rina akan berkongsi aktiviti mereka berdua yang amat rapat bagaikan teman karib.

Paling mencuit hati apabila beliau pernah cuba menyamar supaya tidak dikenali ketika shopping. Tapi apakan daya, penyamaran itu terdedah jua!

“Usai program di sebelah pagi, masa untuk bersama ibu tersayang pula. Ada barang keperluan yg ingin dibeli.

Kami keluar berdua sahaja. Ketika ini sayalah bodyguard dan PA ibu. Walau sesibuk mana pun saya, setiap minggu sentiasa cuba memperuntukkan masa untuk bersama ibu.

Petang tadi, kami singgah juga di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ada pameran Warna Warni Aidilfitri 2021. Hadir untuk memberikan sokongan kepada usahawan tempatan. Banyak produk yang dijual dibawah satu bumbung, barangan kraftangan, pakaian Aidilfitri, kain-kain batik dan songket serta macam-macam lagi.

Saya berdua je dengan ibu. Ingatkan dengan gaya santai dan pakai mask tak ada yang kenal. Baru nak menyamar… Hehehe…

Sampai di lobi dah ada warga Kompleks Kraf yang menegur lalu menemani saya sepanjang berada di sana. Terima kasih banyak Hana. Sempatlah saya membeli beberapa brooch

untuk saya dan ibu, telekung batik, kain batik dan labu sayung,” tulisnya.

 

 

 

 

ULANG TAHUN KELAHIRAN

Baru saja menginjak usia 48 tahun pada tanggal 18 April lepas, Datuk Seri Rina turut menitipkan sejuta penghargaan buat ibu tersayang. Ucapan ikhlas itu jelas menunjukkan sifat penyayang ahli politik ini, di sebalik karakter pemimpin yang digalasnya setiap hari.

“Bangun tidur tiada kata yang mampu diucapkan selain dari kesyukuran yang amat sangat kepada Yang Maha Esa.

Alhamdulillah. Hari ini genap 48 tahun usia saya. Sebelum ke program bersahur pagi ini, saya jumpa ibu, cium tangan ibu dan peluk ibu.

Terima kasih ibu yang melahirkan saya, yang mendidik dan banyak berkorban untuk kami 6 beradik. Ibu yang begitu tabah dan cekal dalam menjalani liku-liku kehidupan. Tetap mengukirkan senyuman walau terpaksa membesarkan kami 6 beradik seorang diri sejak 30 tahun yang lalu. Terima kasih Mak.

Semoga Ina akan menjadi anak yang baik buat Mak.

Semoga Ina juga akan jadi setabah dan cekal seperti Mak.

Mak seorang ibu yang tidak pernah mengajar kami untuk jadi pendendam, malahan sentiasa ingatkan kami untuk sentiasa hormatkan arwah Ayah.

Al-Fatihah buat arwah Ayah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

Ayah… kami bawa Ayah pulang…

Kami semadikan Ayah berdekatan dengan kami.

Permintaan adik-adik, alhamdulillah dipersetujui untuk kami bawa pulang semula Ayah setelah 30 tahun kita berjauhan,” tulis Datuk Seri Rina pada hari lahirnya.

 

 

Masa begitu berharga. Bagi Datuk Seri Rina, setiap saat itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya demi memastikan amanah untuk berbakti kepada masyarakat berjalan lancar.

“Ramai yang bertanya, bila agaknya waktu untuk saya berehat dek kerana hampir saban hari melihat jadual kerja yang padat ibarat langsung tiada masa melepas lelah. Iya… Mungkin itulah kebenarannya, namun apalah sangat masa kerja 24 jam sehari jika nak dibandingkan dengan kebajikan golongan sasar yang terjamin.

Kalau pagi tadi saya berada di Masjid Tanah, pada tengah hari pula saya berada di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Bakul Makanan PERMAI. Alhamdulillah, lega melihat senyuman yang terukir di wajah penerima. Syukur, Kerajaan Prihatin ini sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat.”

KUIH TUNJUK-TUNJUK

Bercakap pasal biskut raya, saya teringat istilah yang orang selalu guna – kuih tunjuk-tunjuk. Mula-mula saya tak berapa faham, apa itu ‘kuih tunjuk-tunjuk’. Ingatkan nama sejenis kuih. Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan adalah ‘kuih main tunjuk-tunjuk’.

Maknanya, pilih sahaja biskut raya yang mana berkenan di hati, order berapa balang yang kita nak dan penghantaran dibuat terus ke pintu rumah.

 

 

 

Okaylah, anda masih ingat lagi tak pada poster saya nak beli biskut raya? Yang saya buka hanya untuk usahawan wanita sahaja. Haa, hasrat saya bukan sekadar ingin membeli, tetapi untuk bersua dengan mereka tertunai petang ini.

Saya bukan ‘main tunjuk-tunjuk’ ya. Bukan juga untuk mendapatkan resepi nak buat biskut raya, tetapi saya nak bersua muka dengan wanita-wanita hebat ini, nak mengenali siapa mereka, sejak bila menjadi usahawan dan apa cabaran mereka hadapi untuk sambut raya tahun ini.

Alhamdulillah, seronok saya mendengar kisah mereka. Ada yang telah mula berniaga selepas habis STPM, ada yang berniaga secara part-time untuk tambah pendapatan keluarga, ada juga yang berniaga sepenuh masa, dan bergantung harap sepenuhnya pada pendapatan jualan biskut raya tahun ini.

Saya kagum dengan semangat mereka untuk mencari rezeki dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Inilah semangat yang saya inginkan daripada wanita-wanita di luar sana. Pandai berdikari, kreatif, bijak berniaga dan tidak mudah putus asa dalam mencari rezeki. Mereka adalah “Wanita Waja” di hati saya.

Meskipun pembelian saya mungkin tidak seberapa pada mereka, namun saya berharap pembelian saya ini dapat menyuntik semangat dan memberikan kegembiraan kepada mereka sempena Syawal yang bakal menjelang tiba.

KENANGAN SAHUR

Dalam hantaran terbaru Datuk Seri Rina, beliau turut mengimbau pengalaman berpuasa sewaktu menuntut di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat.

“Selalunya saya bersahur dengan secawan air coklat panas dan buah tamar.

Sambil makan teringat pulak waktu bersahur jauh di perantauan berpuluh tahun dahulu. Makan je apa yang ada. Kadang-kadang bersahur, kadang-kadang tidak. Bila tiba Aidilfitri, gigih berbaju kurung ke kelas walaupun ketika itu salji turun dengan lebatnya. Bangga rasanya berpakaian kebangsaan negara kita Malaysia.

Lebih istimewa sahur pagi ni, pinggan yg digunakan ini saya beli kira-kira 25 tahun dahulu di Birch Run, Michigan. Ada ke lagi sahabat-sahabat NU saya yg masih menyimpan pinggan yang sama?

Banyak sangat kenangan ni…

Dalam kehidupan ini sudah pasti banyak pengalaman pahit manis yang kita lalui. Dugaan dan cabaran dalam melayari kehidupan. Jadikan ia sebagai satu pengalaman bermakna dalam hidup untuk kita terus berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik,” akhiri beliau.

Sumber: Facebook Rina Mohd Harun

Share
Published by
Norzalina