“Semoga Istiqamah Sis…” Isteri Manis Bertudung, Caprice Panjat Kesyukuran

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice yang menunjukkan isterinya, Farah Inalis manis bertudung mengundang pujian netizen. Mana tidaknya, Farah kelihatan sangat anggun sekali.

Dalam video yang dikongsikan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli di Instagramnya, kelihatan kedua-dua mereka di dalam kereta menuju ke sebuah destinasi, sambil Caprice mengusik isterinya.

“Hari ini pergi ‘dating’ dengan kekasih baharu. Masya-Allah, masya-Allah. Jom kita doa supaya Farra Inalis kekal dengan imej baharu ini,” usik Caprice.

Dalam video tersebut, Farah atau mesra disapa Elis manis mengenakan sehelai tudung bawal bercorak.

Jelas Caprice lagi, sekiranya isterinya kekal dengan imej sebegitu, dia akan melancarkan semula bisnes pakaian Muslimah miliknya yang pernah diusahakan sebelum ini.

“Kalau baby (panggilan untuk isterinya) kekal dengan imej ini, insya-Allah esok juga abang tempah kain dan lancar semula bisnes muslimah kita. Esok juga lancar aplikasi-aplikasi Islamik kita,” selorohnya lagi.

******************************

Nak perhubungan kekal abadi antara suami isteri? Nak lalui hari-hari mendatang dengan tenang dan diredhai. Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan. Dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk Perjilid Exclusive. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik

).

******************************

Meninjau ke ruangan komen hantarannya, ramai yang menitipkan doa agar isteri penyanyi itu perlahan-lahan belajar menutup aurat dan kekal istiqamah bertudung suatu hari nanti.

“Semoga istiqomah sis”, “Masya-allah, cantiknya” dan banyak lagi komen warga net yang memuji penampilan terbaru Elis.

Apatah lagi Elis sebelum ini teruk dikecam berikutan penularan video mereka berdua di dalam tandas, menerima kritikan dari netizen malah ada juga yang turut berasa kecewa melihat babak di dalam video tersebut. Malah pemakaian Farah Elis ini sebelum ini turut ditegur berikutan sedikit seksi.

Walaupun belum ada kata putus sama ada Farah Elis benar-benar bertudung namun usahanya tampil berhijab harus dipuji. NONA doakan semoga usaha Elis untuk terus kekal berhijab dipermudahkan.

Share
Published by
Wan Firdaus