Satu persatu dugaan ditempuhinya sepanjang bergelar isteri. Netizen menjadi saksi, bukan satu, bukan dua tapi berkali-kali dirinya dikhianati insan paling disayangi. Tapi hari ini, akhirnya Bella Astillah menyerah, takdir perkahwinannya dengan Aliff Aziz bakal ternoktah.

Hadir dalam persalinan jubah merah jambu berbunga ungu, Bella tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya, Aliff Aziz.

Ads

Nekad untuk berpisah, Bella, 30, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.

Sekadar mengimbas, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun merujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

 

NEKAD

Pepatah ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ barangkali tidak terpakai dalam isu melibatkan pasangan ini kerana saban kali Bella dicurangi. Apa yang pasti, kesabaran dan sifat pemaaf ibu kepada Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini dikagumi oleh wanita lain.

Bella nekad membuat keputusan demikian selepas mengambil kira banyak perkara selain insiden tangkapan atas dakwaan khalwat suaminya dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.

‘Semoga Kuat’, Ramai Titip Semangat, Bella Astillah Nekad Berpisah Dengan Aliff Aziz!
Instagram: @bellaastillah

 

‘Semoga Kuat’, Ramai Titip Semangat, Bella Astillah Nekad Berpisah Dengan Aliff Aziz!
Instagram: @bellaastillah

 

Ads

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ilham-pengasas-leeyanarahman-koleksi-gemersik-raya-gamit-memori-pagi-syawal/

Selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir bagi Bella.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Ads

Malah menerusi video yang dikongsikan media, ibu kepada dua cahaya ini turut menjelaskan, perpisahan adalah jalan terbaik.

“Saya rasa inilah jalan yabg terbaik untuk saya dan Aliff. Seperti mana yang semua orang tahu, kami berdua pernah rujuk sebelum ini.

Jadi saya rasa dengan kita memilih jalan masing-masing mungkin itu yang terbaik untuk diri Aliff dan saya juga,” katanya.

‘Semoga Kuat’, Ramai Titip Semangat, Bella Astillah Nekad Berpisah Dengan Aliff Aziz!
Instagram: @bellaastillah

Meninjau ke ruangan komen, banyak kata-kata semangat dititipkan oleh peminat kepada Bella. Rata-ratanya menyokong keputusan yang diambil bahkan yakin beliau mampu mendepani ujian ini dengan tenang. Apa pun, semoga Bella terus kuat untuk anak-anak dan bertemu seseorang yang lebih baik, insyaAllah!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/video/rahsia-ruhainies-cergas-masa-bulan-puasa-rupanya-awal-awal-lagi-dah-siap-kuih-raya/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI