“Semoga perjuangan saya ini dirahmati Allah SWT..Ikhlas hati demi agama, bangsa dan negara tercinta. Salam hormat, ANNE NGASRI”
Itulah kepsyen ditulis menerusi hantaran terbaru pelakon yang terkenal menerusi drama Cilu Padi suatu ketika dahulu, Anne Ngasri apabila diumumkan menyandang jawatan Exco Wanita Umno Malaysia.
Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri menerusi hantaran yang dikongsi di Instagram, menyatakan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih diatas keyakinan untuk tanggungjawab baharu yang digalasnya itu.
Ads
Datin Anne Ngasri yang kini berumur 38 tahun itu berazam mahu memantapkan wadah perjuangannya menerusi tiga prinsip utama yang disandarkan. Ibu kepada enam cahaya mata ini dilihat sudah bersiap sedia mengalas amanah diberi dengan beberapa prinsip dimaksudkannya merangkumi setia, cekal dan pertahankan.
Sebelum ini, Anne yang pernah menyandang jawatan Exco Pengerakan Puteri UMNO Malaysia, terbabit membantu jentera parti Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November, tahun lalu.
Karier politik Anne mula aktif selepas beliau bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012, dan hasil perkongsian tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, termasuk tiga anak hasil dari perkahwinan Anne terdahulu, manakala Mohd Sumali memiliki seorang anak.
Ads
Apa-apa pun, NONA ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal tanah air, Aiman Hakim Riidza kini mengembangkan karier beliau dengan menceburi bidang perniagaan pula. Aiman kini membuka kafe Bakersfellas yang terletak di Dana 1, Ara Damansara. Kafe tersebut bekerjasama dengan rangkaian perniagaan pasta, Pasta Panas bagi menyediakan pelbagai hidangan pasta yang lazat untuk pelanggan kafe tersebut.
Antara menu yang mencuri tumpuan termasuklah Aglio Olio, Carbonara, Mac & Cheese, Salted Egg pasta dan sebagainya. Selain pasta Bakersfellas Kafe turut bekerjasama dengan Hillside Café bagi menyediakan beberapa jenis pastry dan kek. Lebih istimewa, Aiman turut mencipta menu baharu untuk kafe tersebut yang dikenali sebagai Krispy Cream Donut Cheeseburger. Diinspirasi dari kafe jalanan di Amerika Syarikat, Aiman yakin rasanya yang berbeza dengan gabungan manis, masam dan masin sesuai mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Zahirah Macwilson turut terlibat secara langsung dengan kafe tersebut dengan melancarkan rangkaian pemanis mulut miliknya yang diberi nama Craver. Ais krim hasil gabungan idea Zahirah ini mempunyai perisa istimewa antaranya termasuklah Chocolate Mousse Royale, Bubblegum, Durian, Kelapa, Salted Caramel, Pistachio dan Strawberry Cheesecake.
Aiman yang bertindak sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Corevestor bersama empat lagi rakan perniagaannya mempelopori bidang perniagaan berasaskan makanan dan minuman sejak beberapa tahun yang lalu dan memiliki empat anak syarikat yang masing-masing membawa konsep menu yang berbeza.
Menjadikan Hard Rock Café sebagai sumber inspirasi, Aiman mengimpikan kafe Bakersfellas menjadi satu hub bagi anak muda berbincang dan mengembangkan idea kreatif masing-masing. Lebih istimewa, kerjasama antara Bakersfellas dan Awi Rafael yang memiliki sebuah studio yang dinamakan Newsantara di dalam Bakersfellas.
Teruja dengan matlamat kewujudan studio di dalam kafe ini, Awi Rafael menjadikan muzik sebagai satu elemen merangsang mood gembira dalam diri seseorang, Malah Newsantara juga merupakan tempat kanak-kanak Autism berkarya dengan muzik dan ia merupakan terapi yang berkesan bagi menenangkan kanak-kanak Autisme.
Bagi pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan pada Februari 2020 ini, inisiatif mereka untuk mengukuhkan kewangan terlebih dahulu wajar dipuji dan perancangan untuk mengadakan satu majlis resepsi sahaja memudahkan kedua belah pihak untuk meraikan hari bahagia mereka. Pasti para peminat tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini melangkah ke jinjang pelamin bukan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Golongan Gen X dan Gen Y pasti bersorak besar dengan kemenangan Aishah yang diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.
Bukan sebarang penyanyi yang mampu membawa lagu hit All by Myself sebaik ini. Bagi Nona, Aishah berjaya membuai emosi lagu tersebut dengan amat baik melalui tone, penyampaian vokal dan bahasa tubuh yang tepat.
Selain penghayatan yang bagus, kemampuan beliau mengawal pernafasan dengan sebutan yang jelas dan sharp menjadikan wanita kelahiran Negeri Sembilan ini tiada tolok tandingannya!
Kebanyakan peminat GV4 termasuklah para netizen menyuarakan rasa puas hati dengan penganjuran Gegar Vaganza musim ini.
Kemenangan Aishah juga turut melonjakkan namanya apabila ramai yang mencari semula lagu-lagu dendangan beliau di YouTube. Eh, macam imbau kenangan lama, kan?
Nazri Mohd NoorAisyah punya penangan, sampai aku cari semua lagu dia kat Youtube… lagu masa dia menyanyi kat New Zealand dengan band mat salleh pun aku jumpa kat Youtube… sebelum ni yg biasa dengar Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Pulanglah (lagu raya)
Shamsul Redzuanaku sendiri pn payah cari debut album inggerisnya “Sensation”dgn band dia The Fan Club yg pnh aku miliki kaset ori swaktu tu n dlm thn2 pghujung 90an,aishah ada buka gerai bazar ramadhan dipwtc,smasa tu lh aku kenal dgnnya krn aku dulu bkeje dipwtc.ari2 dok singgah sembang dgnnya pasal zaman2 kgemilangannya dgn kumpulan the fan club n pnh mnanya pdnya yg aku puas dok mcari cd album sensation dia tp tkada kedai cd yg ada mjualnya tp aishah dgn selamba jwb kt aku “tkapa akak ada n blh burn cd tu nnti”aku tolak pmintaannya sbb aku nk dptkn n beli cd dia yg ori yg payah jmpa.smpi skrg ni pn tk dpt cari.nyesal gak tolak pelawaan dia nk burn cd ori dia bg yg dia copy kt aku.apa2 pn tahniah diucapkan krn mjd juara musim ini.
Harith HafidzAku dah kata dr dulu lagi sebelum start gv 4 lagi Aishah akan tapau semua peserta..see its true guys..Aishah is the Best of the Best…dia dah mmg level international…lagu inggeris dia dulu masuk carta international billiboard beb susah nak beat legend beb…recap dr minggu pertama dia no 1,minggu ke 2 jatuh sikit rangking dia,tapi dia usaha minggu demi minggu ranking dia makin naik..so selama 8 minggu until final dah 3 kali dia dapat no 1…lagu org muda pun dia boleh tukar arrangement jadi lagi power….so what can i say…..dgn umur yg macam ni dia tetap singer no 1 malaysia…shes legendary of malaysia…kak Aishah lu mmg sempoi dan terbaikkk dan lagi terbaik……
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52, berjaya menewaskan lima peserta lain dengan markah 81%, hasil pemarkahan oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Peserta lain yang bertanding di pentas final ini iaitu Liza Hanim memperolehi markah 79%, diikuti Lan Solo 70.4%, Hazami 70%, Firman Siagian 69% dan Tia Jinbara 66%.
Pelantun lagu ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ ini membawakan lagu All by Myself di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.
Aishah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.
Beliau juga turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucar membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, diiringi Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato’ Seri Vida. Konsert akhir GV4 telah disiarkan secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Astro Gempak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Vivy Yusof sememangnya mempunyai pengaruh yang cukup besar. Kejayaan yang dikecapi dalam bidang keusahawanan nyata memberi inspirasi kepada ramai wanita khususnya golongan muda.
Kalau sebelum ini, produk keluarannya The dUCk Group ‘laku keras’ di pasaran dalam masa singkat kali ini Pengasas FashionValet dan The dUCk Group berkenaan menggunakan pengaruhnya untuk menjana dana bagi membantu rakyat Palestin yang ketika ini ditimpa kesusahan menerusi Viva Palestina Malaysia.
Sehingga semalam, usahasama dUCk x Viva Palestina Malaysia sudah mencecah RM1,004,030 melibatkan hampir 20 ribu penderma. Luar biasa! Difahamkan kutipan dana ini akan disalurkan bagi tujuan perubatan dan keperluan kritikal penduduk Palestin yang terjejas akibat keadaan bergolak di sana.
Terkejut melihat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan, Vivy menzahirkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat. “In less than 24 hours, @theduckgroup x @vivapalestinamy fund has raised over half a million for P (Palestine)!!! MasyaAllah!!! We budget 30 days for this campaign but in 1 day it’s already passed 50% thank you everyone!”
Sepanjang situasi huru-hara yang terjadi di Bumi Palestin sejak akhir Ramadan lalu, Vivy turut dilihat kerap memuat naik keadaan kanak-kanak dan rakyat Palestin di samping menunjukkan sokongan penuhnya terhadap saudara seagama di sana.
Tidak hanya bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan untuk Palestin, Vivy sebelum ini juga aktif mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan dan golongan terjejas susulan wabak Covid-19 di negara ini.
Selain Vivy, Nona percaya ramai rakyat Malaysia termasuk usahawan, selebriti dan syarikat korporat turut menzahirkan keprihatinan mereka dalam menjayakan usaha kutipan dana untuk rakyat Palestin. Semoga sokongan padu semua pihak dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk Palestin dan berdoa agar mereka dilindungi daripada insiden tidak diingini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.