Tanggal 4 Julai lalu genap 67 tahun usia lagenda muzik, Dato’ M. Nasir. Meniti usia lewat 60an, figura popular ini masih sihat bertenaga dengan auranya yang sentiasa tenang. Apatah lagi seniman tersebut bakal mengadakan konsert kurang dari tempoh sebulan saja lagi.
Ads
Baru-baru ini pelantun lagu Semerah Padi berkenaan diundang sebagai tetamu jemputan bagi program hiburan, Meletop untuk berkongsi perjalanan sebagai anak seni. Selain mempromosikan konsert yang bakal diadakan kelak.
Istimewanya, isteri tercinta iaitu Datin Marlia Musa hadir memberi kejutan istimewa buat suami tersayang. Dari riak wajah Dato’ M Nasir, jelas terserlah wajah terkejut saat melihat kelibat suri hati kesayangan di set Meletop sambil membawa sebiji kek.
Sambil tersenyum, Datin Marlia menitipkan ucapan buat seniman tersebut bersempena ulang tahun kelahiran.
“Selamat Hari Lahir. Semoga you akan terus berada dengan I hingga akhir hayat.”
Datin Marlia Musa bergelar isteri sifu muzik popular tersebut pada 31 Ogos 2000. Waktu itu, dia berusia 32 tahun sementara suami pula 43 tahun.
Biarpun jarak usia 11 tahun namun kedua-duanya cukup serasi dan saling melengkapi di antara satu sama lain.
31 Ogos depan mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-24. Hasil perkongsian hidup, Dato’ M Nasir dan Datin Marlia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Suci Musalmah.
Dato’ M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed bakal mengadakan Konsert Dato’ M. N45sir Cipta yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Daripada perkahwinan terdahulu, komposer terkenal berkenaan mempunyai lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari.
Semoga rumah tangga pasangan romantis ini sentiasa berada dalam lindungan-Nya serta berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atas kelahiran cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada Nona, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Selasa, 11 Julai lepas.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah.”
Tiga hari lepas, Neelofa sempat mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan kenalan rapat mengenai bayi yang bakal dilahirkan sebelum menanti detik kelahiran.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Khabar mutakhir tentang bencana banjir di utara, setakat petang tadi sekurang-kurangnya 3,232 mangsa banjir membabitkan 887 keluarga telah ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kedah dan Perlis.
Bagi mangsa-mangsa yang telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing, tugas pembersihan yang amat memenatkan pasti akan bermula. Tentu terbayang dinding-dinding yang berlumpur, kawasan laman yang berselut serta kenderaan dan peralatan elektrik yang dimasuki air.
Selain bersiap-sedia dengan kepenatan yang menanti, sebenarnya ada banyak risiko lain yang perlu dititikberatkan selepas pulang ke rumah. Ikuti panduan keselamatan dan kesihatan yang Nona himpunkan ini agar kesihatan serta keselamatan anda seisi keluarga sentiasa terpelihara.
(a) Risiko Renjatan Elektrik, Haiwan Berbahaya, Runtuhan & Lantai Licin
Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengking tidak menjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga.
Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat persembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti di belakang almari, kerusi, kabinet dan lain-lain.
Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih bertakung.
Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.
Lantai jenis tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.
(b) Risiko Jangkitan Kuman
Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabot rumah.
Pakai alat perlindungan diri seperti but dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.
Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa aktiviti pencucian.
Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah.
(c) Perkara Mesti Dielakkan
Jangan bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil di tangan. Pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.
Halang kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.
Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bakteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.
Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti clorox atau bahan pencuci detergen bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh.
Alatan memasak seperti periuk dan pinggan mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuran clorox atau bahan pencuci.
(d) Keselamatan Air Minuman
Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri sistem paip yang ditenggelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.
Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu.
(e) Keselamatan Makanan
Buang semua makanan yang terendam air banjir.
Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulaman sehinggalah semua keadaan pulih.
Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum dimakan.
Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan.
(f) Tong Gas
Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. Periksa sistem gas memasak terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
(g) Peralatan Elektrik
Periksa semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.
(h) Kebersihan Diri
Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah.
(i) Dapatkan Rawatan Awal
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-birit, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Norzalina Mohd Alias
Kagum dengan sikap penduduk negeri Melaka yang patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan seperti diarahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Jika segelintir masyarakat seakan memandang remeh dengan situasi penularan Covid-19 hingga ada dalam kalangan mereka yang berpusu-pusu pulang ke kampung, beriadah di taman dan makan di tempat awam tanpa rasa bersalah… berbeza pula keadaannya di Bandaraya Bersejarah ini.
Terkenal sebagai destinasi pelancongan popular dan sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong dari dalam serta luar negara, Bandaraya Melaka sejak Perintah Kawalan Pergerakan dua hari lalu kini bertukar sepi dan lengang.
Menerusi perkongsian penduduk Melaka sendiri yang juga pemilik akaun Facebook, Mohamed Amiruddin Bulat, gambar di beberapa tempat tumpuan pelancong di Bandar Hilir ini diambil dua hari lepas iaitu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dia yang tinggal di Melaka Tengah ketika dihubungi Nona turut melahirkan kebimbangan untuk berada di luar rumah dalam tempoh yang lama memandangkan jumlah jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat.
Melihat suasana yang jarang sekali berlaku itu, dia terpanggil untuk berkongsi ‘pemandangan’ tersebut di media sosial. Katanya, “Sekejap je saya ambil gambar, lepas tu saya terus balik. Tak ada gambar terbaru pun sebab dah risau nak keluar lagi sekarang.”
Berdasarkan gambar-gambar tersebut jelas kelihatan tempat tumpuan seperti Stadthuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan perkarangan Menara Taming Sari sepi daripada kehadiran pengunjung dan sebarang aktiviti. Tiada kelibat penarik beca dan deretan beca pelbagai hias yang membanjiri tempat tumpuan ini seperti kebiasaan. Malah, restoran dan kedai menjual cenderamata juga ditutup.
Setakat semalam, 19 Mac 2020 sebanyak 900 jumlah jangkitan kes dilaporkan dengan 110 daripadanya ialah kes baharu. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia dengan 223, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123, Sabah 112 dan Johor 101. Sementara Melaka pula mencatatkan 20 kes. Kawasan terendah dijangkiti pula ialah di Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 5 kes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...