Beruntungnya Mila Jirin. Sempena hari lahir yang ke-31 semalam, 23 Disember … suami Mila, Isz Mustapha telah menghadiahkan pemberian cukup istimewa buat dirinya. Bukan sambutan hari lahir yang gilang-gemilang mahupun hadiah mewah yang diberikan, sebaliknya tulang belakang kepada kejayaan usahawan Bizmilla ini meraikan hari istimewa isteri tercinta dengan cara lebih bermakna iaitu dengan mengadakan majlis doa selamat.

Ads

Apa yang mengharukan ialah majlis doa selamat tersebut diadakan tanpa pengetahuan Mila dan lebih manis, ia dibuat di tiga buah negara! Allahu, baiknya hati seorang suami.

Mengakui timbul rasa sedih apabila suami seolah-olah tidak membuat sebarang perancangan untuk ulang tahun hari lahir tahun ini, Mila bagaimanapun cuba memujuk hati supaya tidak terlalu mengharap. Namun, perasaan tersebut bertukar terharu sebaik sahaja dia mengetahui rancangan sebenar yang telah diatur Isz.

Sempena Hari Lahir MILA JIRIN, Suami ‘Hadiahkan’ Majlis Doa Selamat Di 3 Negara!

Sempena Hari Lahir MILA JIRIN, Suami ‘Hadiahkan’ Majlis Doa Selamat Di 3 Negara!

“Semalam menitis air mata saya bila saya dapat tau, suami Isz Mustapha dah uruskan Majlis Doa Selamat pada tanggal 23 haribulan di Madinah (melalui ustaz yang sedang bertugas di sana), di sebuah masjid di Kemboja dengan jamuan makan buat mereka (melalui rakan ustaz suami di sana) dan juga di sebuah Mahaad Tahfiz di Puchong.

Allahuakbar, saya terbaca text doa yang dikirimkan buat saya oleh suami. Allahuakbar.. berjurai air mata. Betapa kasihnya seorang suami buat isteri. Ya Allah, sungguh diri ini mencintai suami ku ini. Lillahi Taala.”

Sempena Hari Lahir MILA JIRIN, Suami ‘Hadiahkan’ Majlis Doa Selamat Di 3 Negara!

Ads

Sempena Hari Lahir MILA JIRIN, Suami ‘Hadiahkan’ Majlis Doa Selamat Di 3 Negara!

Dalam pada itu, Mila turut berkongsi nasihat yang dititipkan suaminya semalam. “Bukan majlis gilang-gemilang untuk sambut ulang tahun yang kita nak adakan, tetapi mohon doa dan panjatkan kesyukuran pada Allah di atas semua nikmat yang dipinjamkan.”

Ads

Tambahnya, “Saya menangis.. benar! Nikmat Allah yang mana yang nak kita dustakan?? Terkadang diri ini terlalu terikut budaya dan style orang zaman sekarang. Sambutan gilang-gemilang hingga lupa panjatkan kesyukuran.”

Pasti ramai yang mengikuti perkongsian Mila Jirin ini pun turut terkesan dengan tindakan suami kepada penyanyi bersuara lunak ini. Ia nyata sebuah hadiah yang tidak ternilai harganya.

 

Kredit: Instagram Mila Jirin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI