Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang kini menjadi ikon masakan yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan.

Begitu juga dengan Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery yang pernah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Muda pada majlis Anugerah Ikon Usahawan Wanita 2019. Semangat gigih beliau untuk bangkit daripada kegagalan merupakan inspirasi penuh bermakna yang wajar dicontohi ramai.

Ads

Kedua-dua nama besar ini telah dipilih menjadi duta jenama MAGGI® bagi memacu Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® yang meraikan pencapaian wanita dalam memperkasakan diri mereka melalui makanan dan masakan serta sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi keluarga, komuniti dan negara.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, ikuti temu bual eksklusif bersama dua personaliti hebat ini dalam perjalanan mereka menempa nama dalam bidang makanan.

 

Anne Idris Mentor Yang Komited
Kisah Kejayaan Motivasikan Orang Lain Untuk Bangkit Berjaya

Sempena Hari Wanita Sedunia, Maggi® Meraikan Pemerkasaan Wanita Bersama Datin Paduka Eina Azman & Anne Idris
Anne Idris, mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi®

(1) Bagaimana pengalaman keusahawanan Anne telah menjadikan Anne seorang usahawan yang berjaya, terutamanya selepas menghadapi cabaran seperti muflis?

“Perjalanan keusahawanan saya dalam bidang masakan merupakan pengalaman yang amat mencabar, tetapi ia telah mengajar saya sesuatu benda yang sangat berharga iaitu daya ketahanan dan ketekunan. Selepas mengalami masalah seperti diisytihar muflis, saya sedar akan kepentingan pembelajaran ilmu keusahawanan dan mengasah kemahiran yang berterusan.

Itulah sebabnya saya mengambil langkah untuk mengejar pendidikan lebih lanjut dalam bidang kraf gula (sugarcraft) dan perhiasan kek antarabangsa, yang akhirnya membawa kepada penubuhan My Mum’s Bakery. Melalui usaha gigih dan kesungguhan, saya berjaya mengubah minat saya dalam pembuatan kek menjadi perniagaan yang berjaya. Bermula dari titik kosong, kini saya sangat bangga kerana melalui makanan yang dihasilkan, pelbagai peluang muncul untuk membantu meningkatkan taraf hidup saya, keluarga dan komuniti.”

 

(2) Bagaimanakah Anne melihat peranan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dalam memperkasakan wanita di Malaysia?

“Saya melihat Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sebagai pemangkin perubahan, memperkasakan wanita untuk menyedari potensi penuh mereka dan mencapai kemandirian ekonomi. Dengan menyediakan sokongan menyeluruh dalam pengurusan makanan, keusahawanan, kemahiran digital dan pembinaan keyakinan diri, program ini melengkapkan wanita dengan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin mereka kejar.

Selain itu, sifat program ini yang mampan dan konsisten mampu memastikan pemerkasaan jangka panjang, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada individu wanita tetapi juga orang di sekeliling mereka.”

 

(3) Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, bagaimana anda menyokong dan membimbing wanita dalam perjalanan mereka dalam bidang masakan dan keusahawanan?

“Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, peranan saya adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan yang tidak berbelah bagi kepada wanita semasa mereka meneroka landskap bidang masakan dan keusahawanan. Melalui sesi bimbingan individu, saya menawarkan pandangan, nasihat, dan dorongan yang bersesuaian dengan matlamat dan cabaran unik setiap peserta.

Sama ada dalam mengasah kemahiran memasak, mengembangkan strategi perniagaan, atau membangunkan keyakinan diri, saya berusaha bertungkus-lumus untuk memperkasakan wanita agar mereka dapat mencapai potensi penuh dan berjaya dalam usaha mereka.”

 

(4) Bolehkan Anne kongsikan satu pengalaman atau kisah kejayaan yang bermakna semasa menjadi mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®?

“Satu pengalaman paling bermakna sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah menyaksikan transformasi peserta seperti Hidayah (Juara Resipi Cukup Berani Musim Pertama) dan Syahidah (Juara Resipi Cukup Berani MAGGI Musim Ke-2).

Hidayah menunjukkan peningkatan diri mereka cukup ketara selepas melaksanakan strategi perniagaan yang dipelajari. Syahidah pula tampil lebih yakin dan tidak ragu-ragu dengan keputusan beliau dalam mengejar matlamat. Kejayaan mereka adalah bukti keberkesanan program ini dalam memperkasakan wanita untuk maju ke hadapan dan berkembang menjadi lebih baik.”

 

(5) Bagaimana anda memastikan bahawa Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® kekal relevan dan berkesan dalam memperkasakan wanita di Malaysia?

Ads

“Untuk memastikan program ini kekal relevan dan berkesan, kami memberi keutamaan kepada adaptabiliti, inovasi dan keterangkuman dalam pendekatan yang diambil. Dengan mengikuti trend industri, teknologi baru, dan keperluan yang berkembang, kami menyesuaikan bimbingan dan sumber kami untuk menangani cabaran dan peluang yang sentiasa berubah dalam bidang makanan, khususnya untuk golongan wanita.

Selain itu, kami sentiasa mendapatkan maklum balas peserta untuk memahami keperluan dan pilihan mereka, membolehkan kami terus menyempurnakan dan meningkatkan keberkesanan program demi pemerkasaan wanita di Malaysia.”

 

Eina Azman Percaya Memasak Tak Susah
Tapi Perlu Rajin Mencuba Dan Belajar

Sempena Hari Wanita Sedunia, Maggi® Meraikan Pemerkasaan Wanita Bersama Datin Paduka Eina Azman & Anne Idris
Datin Paduka Eina Azman, mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi®

(1) Bagaimana perjalanan memasak Eina telah membentuk dan mengubah diri Eina sepanjang tempoh ini?

“Minat memasak mula timbul semasa saya berusia 16 tahun. Hidangan pertama yang saya sediakan adalah ayam masak lemak cili padi, dan alhamdulillah, semua ahli keluarga menyukainya. Sejak daripada itu, keluarga merupakan pendorong saya untuk terus mengasah kemahiran memasak.

Saya percaya bahawa memasak bukan sekadar rutin harian, tetapi juga satu cabang seni yang memerlukan dedikasi dan ketelitian. Saya sering merujuk kepada nasihat dan pandangan daripada ibu saya, yang telah menjadi sumber inspirasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan. Selain itu, saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu dan idea masakan melalui video di Instagram.

Saya berharap dengan perkongsian ini, saya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencuba memasak. Memasak sebenarnya tidaklah susah, selagi kita bersedia untuk mencuba dan belajar, kita akan dapat menguasainya. Seperti pepatah, “Tak kenal, tak cinta!”

 

Ads

(2) Bagaimana pengalaman Eina dalam dunia masakan membuka peluang-peluang baru dalam hidup Eina?

“Pengalaman saya dalam dunia masakan telah membuka pintu pelbagai peluang yang tidak pernah saya sangka sebelum ini. Saya mendapat kepuasan yang mendalam setiap kali menghasilkan hidangan yang enak dan memenuhi selera orang, sekaligus memberi impak besar dalam hidup saya secara keseluruhan. Dunia masakan membawa saya kepada jalan kerjaya yang bermakna. Saya tidak hanya menjadikan memasak sebagai hobi, tetapi juga sumber rezeki yang stabil dan berpotensi untuk terus berkembang.”

 

(3) Bagaimana pengalaman Eina sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi kesan dalam hidup Eina?

“Menjadi seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi saya peluang luar biasa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya kepada wanita-wanita di luar sana.

Saya sangat gembira dapat membantu mereka mengasah kemahiran memasak dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melihat peserta berkembang dan mencapai matlamat mereka adalah satu pengalaman yang amat memuaskan dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya.”

 

(4) Boleh kongsikan tentang perjalanan perniagaan Eina sendiri dalam bidang makanan?

“Saya bermula dengan menyediakan hidangan masakan di rumah, yang kemudian mendapat sambutan hangat daripada keluarga dan rakan-rakan. Melihat permintaan yang meningkat, saya melihat peluang untuk memperluaskan perniagaan saya dan menjual menu-menu kegemaran saya kepada orang ramai.

Dengan kreativiti dan inovasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan, serta memberi tumpuan kepada kualiti dan rasa asli, ‘It’s Done by Eina Azman’ kini menjadi destinasi pilihan bagi pencinta masakan tempatan. Sekarang, perniagaan saya hampir mencecah 60,000 pengikut. Menu-menu yang dijual termasuklah Asam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam), Sambal Bilis Jering, Sambal Bilis Petai, Jering Masak Lemak Cili Padi, dan Ikan Patin Tempoyak Pekat Likat.

Saya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi memudahkan pelanggan menikmati hidangan saya dengan selesa.

 

Begitulah perkongsian Anne dan Eina dalam membangkitkan semangat wanita melalui perjalanan mereka dalam bidang makanan. Bimbingan Anne dan Eina telah banyak mengubah diri para peserta Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® untuk keluar daripada zon selesa berani mengejar impian demi kehidupan yang lebih baik. Semoga Hari Wanita Sedunia tahun ini mencetus semangat baharu untuk golongan wanita terus bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI