Menara Merdeka 118 kini berdiri megah sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter dan merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, di belakang Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu – yang terletak kira-kira 149 meter di bawah Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Dimiliki dan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kos sebanyak RM5 bilion, menara berstruktur mega ini terletak bersebelahan dua lagi warisan negara – Stadium Merdeka dan Stadium Negara, di persekitaran mercu tanda bersejarah bandar ini.
Dan kini, khabarnya Menara Merdeka 118 dijangka bakal dirasmikam pembukaanya pada awal 2023, NONA kumpulkan beberapa fakta menarik tentang Merdeka 118 yang perlu tahu.
1. Reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia. Siluet tersendiri bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka!” (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.
2. Ia akan menempatkan ruang pejabat, restoran, lobi langit dan hotel. Bangunan 118 tingkat itu akan menempatkan 83 tingkat ruang pejabat, pusat beli-belah, restoran sky-dining, Park Hyatt Hotel, dan kemudahan mewah seperti lobi langit dan ruang istirahat VIP di tingkat atasnya.
3. Ia juga menempatkan dek pemerhatian tertinggi di dunia menawarkan panorama latar langit KL yang tiada tandingannya. Untuk sampai ke geladak atasnya, pelawat perlu menggunakan lif berpanel kaca – yang secara kebetulan, juga merupakan lif berpanel kaca tertinggi di dunia.
4. Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.
5. Pengangkutan awam tak akan menjadi masalah bagi mereka yang ingin bergerak ke dan dari menara ini kerana ia mempunyai akses MRT yang terancang. Pembangunan PNB 118 disokong oleh dua landasan kereta api berdekatan iaitu laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT1) dan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2).
Sumber: ASEAN Skyline | Kredit foto: Twitter @SkyscrapersMY
This website uses cookies.