Memasuki usia 40 tahun, baik lelaki mahupun wanita masing-masing seakan merasa berat untuk bersenam. Mungkin disebabkan tekanan yang dialami selain faktor keletihan apabila seharian di pejabat dan menguruskan perihal rumah. Namun, tahukah anda senaman ketika individu dalam lingkungan usia ini mempunyai magis tersendiri?

Ads

Tak perlu bersusah-payah menjalani rutin senaman yang memerlukan gerakan keterlaluan. Sebaliknya, anda boleh bersenam mengikut keselesaan dan kemampuan diri sendiri. Berikut adalah jenis-jenis senaman yang digalakkan buat anda.

  • Zumba

Zumba menggabungkan tarian dan koreografi. Latihan ini membuatkan lemak di paha, lengan, dan perut mengempis dan berkurangan. Usah memilih muzik zumba yang rancak. Cukup sekadar muzik yang mampu menggerakkan tubuh badan dengan tumpuan kepada otot di lengan, kaki dan perut.

Senaman Cetus Aura CANTIK, Wanita 40an Patut Amalkan RUTIN SENAMAN Ini!

  • Yoga

Yoga dapat mempertahankan kekuatan otot. Selain itu, yoga juga membantu menenangkan fikiran dan menurunkan tekanan. Bagi wanita yang meniti usia 45 tahun dan ke atas, tekanan boleh menyebabkan anda mengalami penyakit darah tinggi akibat depresi. Oleh itu, pelajari teknik yoga mula hari ini.

Senaman Cetus Aura CANTIK, Wanita 40an Patut Amalkan RUTIN SENAMAN Ini!

Ads
  • Barre

Barre adalah sebuah latihan yang memfokuskan kepada kekuatan isometrik. Isometrik membawa maksud kontraksi otot yang membuatkannya tidak memanjang atau memendek, seperti tidak ada gerakan yang nyata tetapi di dalam otot ada ketegangan. Semua tenaga yang dikeluarkan oleh otot akan diubah menjadi panas. Latihan ini dapat meningkatkan keseimbangan dan fleksibiliti.

Senaman Cetus Aura CANTIK, Wanita 40an Patut Amalkan RUTIN SENAMAN Ini!

Ads
  • Spinning

Latihan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang tidak ingin terjadi ketegangan di otot dan sendi. Gaya latihan ini tidak hanya membantu kesihatan jantung, tetapi juga membantu membakar lebih banyak kalori dalam waktu singkat. Wanita yang berusia lebih daripada 40 tahun yang ingin menurunkan berat badan disarankan senaman ini.

  • Pilates

Jika mengalami nyeri di seluruh badan, cubalah untuk mengikuti kelas pilates. Pilates dapat membantu memperkuatkan otot yang lemah dan mencegah kecederaan. Pilates sangat baik untuk meningkatkan kekuatan pinggul dan mengurangkan rasa sakit di bahagian bawah badan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI