Alahai, kecur tengok air tangan Datin Paduka Eina Azman. Apa sahaja juadah yang disediakan selebriti cantik ini bukan sahaja membuatkan peminat terliur malah
perkongsian resipi beliau sangat mudah untuk dihasilkan. Jadi tidak hairanlah laman Instagram Datin Paduka Eina sering ‘dikunjungi’ peminat setiap hari. Rupa-rupanya
ia menjadi medan rujukan masakan buat para suri rumah. Lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sekarang.
Mengintai media sosial milik isteri Datuk Paduka Kaiser ini memang jelas terserlah betapa beliau meminati dunia masakan. Dari menu hidangan utama sehinggalah pencuci mulut, semuanya ‘tersimpan’ kemas di Instagram miliknya. Aneka jenis kek, pasta, spageti, lauk-pauk, kuey teow dan murtabak, semuanya ada. Yang pasti Datin Paduka Eina memang tak lokek berkongsi resipi.
Paling mengagumkan, setiap video masakan beliau memiliki jumlah tontonan tidak kurang daripada 200 ribu dan pernah menerima sehingga lebih 1 juta viewers menerusi resipi corn dog! Walau pertama kali beliau menyediakan sajian tersebut namun hasil air tangan Datin Paduka Eina tidak pernah menghampakan.
Ads
Terbaru, ibu kepada pasangan kembar Arianna Audrey dan Karl Kareef ini memuatnaik resipi kuih paling popular ketika musim bazar Ramadan iaitu tepung pelita. Menyedari orang ramai mungkin sukar untuk mendapatkan kuih tradisi tersebut memandangkan tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ini ekoran wabak Covid-19, Datin Paduka Eina terpanggil untuk berkongsi resipi.
Ads
Biarpun baru memuatnaik video resipi tersebut tiga hari yang lalu namun sehingga kini ia telah mencecah hampir 400 ribu tontonan. Kongsinya, “Alhamdullilah today teringin nak makan Tepung Pelita. So terjadilah Tepung Pelitanya.” Tepung pelita air tangan Datin Paduka Eina sememangnya menyelerakan. Ditambah pula dengan hiasan daun pandan di atasnya yang menyerlahkan lagi aroma pandan. Makan sejuk-sejuk pun sedap.
Berikut resipi tepung pelita Datin Paduka Eina Azman. Selamat mencuba!
Cara-caranya masukkan tepung beras, diikuti air daun pandan. Tuang air ke dalam adunan bersama pewarna hijau. Kacau dan kemudian masukkan perasa pandan serta gula. Kurangkan kuantiti gula jika tidak mahu manis. Seterusnya masukkan sedikit garam dan air kapur. Kacau hingga pekat. Di dalam bekas kukusan, tabur sedikit gula. Tapis air bancuhan tadi dan kukus. Sementara itu, sediakan bahan lapisan seterusnya dengan memasukkan tepung beras, santan, sedikit garam dan gula. Kacau hingga pekat. Tapis dan tuangkan ke dalam bekas berisi adunan pandan tadi. Kukus lagi 10 minit. Siap untuk dihidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali berkunjung ke pasaraya, rambang mata melihat aneka sos yang ada di rak-rak pameran. Ya, terlalu banyak! Malah ada sesetengah daripadanya yang kita tak pernah berani untuk mencuba. Sebagai contoh sos pesto.
Mungkin ramai pernah menikmati Pasta Pesto yang diperbuat dari gabungan basil, kacang pine nut dan minyak zaitun. Namun begitu, hidangan berasaskan pesto ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Resipi Ayam Pesto ini juga tidak kurang hebatnya untuk dicuba!
AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
2 sudu makan pesto basil
2 sudu makan minyak zaitun
2 cawan tomato ceri | dipotong dua
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan tepung agndum
2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 sudu makan pesto basil
1 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuah. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Credit: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerinduan terhadap kampung halaman bagai sudah tak tertahan. Terbayang-bayang masakan air tangan ibu tercinta. Sedapnya kalau berbuka nanti makan nasi panas dengan juadah Rendang Kambing Hitam, kan?
Pasti ramai yang teringin membawa cita rasa masakan rumah ke dapur-dapur bandar. Kali ni jom cuba resipi chef Fonterra menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream dalam masakan. Cepat dan mudah dibuat, suami pasti tersenyum lebar kalau hidang bersama nasi panas, atau pulut!
RENDANG KAMBING HITAM
Bahan Pes:
1 biji bawang besar Holland
4 biji bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
8 – 10 tangkai cili kering (direbus dahulu)
Air
Bahan-bahan:
405gm pes rendang hitam (dikisar)
1 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu jintan manis
2 sudu serbuk rempah kari
2 sudu serbuk rempah kurma
600gm daging kambing (kiub)
Anchor Extra Yield Cooking Cream
3 sudu kicap soya masin
8 sudu kicap soya pekat
2 sudu kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Untuk membuat pes rendang hitam, kisarkan semua bahan sehingga halus sebati.
Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.
Masukkan pes rendang hitam tadi dan daun kunyit, kacau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan jintan manis. Goreng sampai pecah minyak.
Taburkan serbuk rempah kari dan kurma. Kacau selama dua minit hingga sebati.
Masukkan kiub kambing, Anchor Extra Yield Cooking Cream dan air. Kacau sampai daging empuk.
Kecilkan api dan biar mendidih sampai rendang pekat. Masukkan semua kicap dan kacau.
Akhir sekali masukkan kerisik dan bubuh garam sebagai perasa. Siap!
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidangan turun-temurun tradisi Baba dan Nyonya sememangnya mempunyai banyak persamaan dengan hidangan masyarakat Melayu di Melaka. Mana tidaknya, gabungan budaya dan percampuran budaya menjadikan hidangan ini unik dan penuh seni.
Namun begitu, terdapat beberapa perubahan penggunaan bahan yang boleh membezakan hidangan Baba dan Nyonya. Resepi enak pastinya menjadi pilihan.
Tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka puasa hari ini, jom cuba resepi Laksa Nyonya yang disediakan oleh Hotel Armada Petaling Jaya. Selamat mencuba!
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
500 gm mee laksa
3 paket kek ikan
300 gm udang kering
100 gm daun kesum yang dihiris
100 gm kerang
200 gm taugeh
30 gm timun
50 gm cili merah
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
200 gm bawang kecil
100 gm bawang putih
300 gm cili giling
50 gm buah keras
30 gm serbuk ketumbar
20 gm udang kering
100 gm lengkuas
30 gm serai
500 gm serbuk perasa
500 gm santan pekat
20 gm lada hitam
30 gm kunyit
30 gm lengkuas
CARA MEMBUAT:
Hiriskan kunyit dan lengkuas. Hiris nipis serai. Kemudian buang tangkai, dan biji cili dan hiris nipis. Hiris bawang kecil dan bawang putih. Basuh udang kering dan rendamkan ke dalam air panas.
Kemudian, kisar udang sehingga lumat. Kisar buah keras, lengkuas, serai, kunyit, dan bawang kecil sehingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak, setelah minyak masak panas, masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan udang kering.
Tumiskan sehingga naik bau dan masukkan serbuk ketumbar dan teruskan menumis. Setelah itu, barulah masukkan santan pekat dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Siap untuk di hidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...