Melancong ke Sepanyol, pasti hidangan tradisi negara Mediterranean ini menjadi santapan di restoran-restoran mahupun di kaki lima. Resipi dari negara Sepanyol yang terkenal dengan hidangan Pealla menjadi hidangan utama di negara Mediterranean ini. Jika menjejakkan kaki ke sana, bolehlah mencuba menu kebanggaan Espana yang bersempadan portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi ini! Menu disediakan oleh Shahrul Hasnidar dari Frenzy Cupcakes ini sebenarnya amat mudah untuk dicuba sebagai sajian minum petang. Selamat mencuba!
Ads
ESPANA STREET CHURROS
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
¼ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 cawan tepung pelbagai guna
3 biji telur3/4 cawan air
Ads
Minyak untuk menggoreng
Bahan Tabur:
1/3 cawan gula halus
Ads
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Campurkan gula dan kayu manis ke dalam mangkuk dan ketepikan. Masukkan mentega, air, gula dan garam dalam periuk, masak hingga mentega cair dan air mereneh. Perlahan-lahan masukkan tepung dan Tutup api. Gaul rata sehingga membentuk doh lembut. Pindahkan adunan dalam bekas lain dan biarkan sejuk sedikit. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan hujungnya ada acuan churros, tiga bintang.Paipkan dalam minyak satu persatu di setiap bahagian kuali sepanjang 6 inci.Goreng selama sehingga perang keemasan dan ranggup.Setelah selesai menggoreng dan churros sejuk baru taburkan campuran gula dan kulit kayu manis.Hidangkan bersama sos yang anda suka. Atau boleh dimakan begitu sahaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selangor dan segala kehidupan yang bernafas di dalamnya. Bagi mereka yang tinggal di Selangor, bumi bertuah ini bukan saja menjadi tempat bermastautin, tapi rumah keluarga membesar dan lubuk rezeki yang melimpah-ruah.
Disebabkan faktor migrasi dan kemasukan pekerja asing yang telah berpindah mencari peluang pekerjaan, negeri Selangor berkembang dengan kepelbagaian budaya dan makanannya.
Bagi penduduk negeri lain, inilah lima makanan tradisional Negeri Selangor yang menyelerakan. Selain berkhasiat dan lazat, ia juga mudah dibuat sebagai variasi santapan keluarga anda nanti. Cubalah!
(1) Pecal
Pecal sayur yang sangat lazat ini juga dikenali sebagai Salad Jawa. Ia dihidangkan dengan sos kacang dan aneka sayur-sayuran segar. Persediaan untuk membuat pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba di rumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun.
(2) Nasi Ambeng
Sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mi goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang!
(3) Sambal Taun
Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula.
(4) Wadai Kipeng
Dalam perkataan Banjar, ‘Wadai’ bermaksud ‘Kuih’, sementara ‘Kipeng’ pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan Wadai Kipeng semasa majlis kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ia adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!
(5) Bahulu Kemboja
Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Walaupun kuih ini sering dijual di pasaran tetapi untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Untuk mengekalkan keenakan dan keunikannya, bahan terpenting yang diperlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa!
Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!
Sumber: Tourism Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasak menjadi rutin harian YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din. Hari minggu adalah hari yang paling sibuk apabila seluruh keluarga berkumpul bersama.
“Hari minggu agak kelam-kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya. Tengku lebih menyukai masakan Melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India.
Kali ini YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati berkongsi resipi Briyani Tuna versinya. Bosan dengan resipi briyani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri Briyani Tuna mengikut caranya.
“Anak-anak saya sukakan ikan. Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tak ada tulang.
Anak-anak menyukai ikan seperti Bawal Emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,” ujar isteri kepada YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ini.
BRIYANI TUNA
BAHAN-BAHAN;
4 cawan Beras Basmathi, masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu besar yogurt
2 labu bawang besar
3 biji tomato, saiz sederhana
3 pokok daun pudina, ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
Pewarna merah & kuning, boleh juga guna saffron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 biji kentang, dibelah 4
CARA MEMASAK
1. Masak nasi 3/4 masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian, tos.
2. Tumbuk halus bawang putih, halia dan bawang besar. Tomato dicincang.
3. Satukan minyak sapi dan mentega dalam kuali dan panaskan sehingga naik bau. Tumiskan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala (khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah briyani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali, letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalm periuk lain pula untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letakkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan diatasnya nasi yang 3/4 masak tadi. Kemudian letakkan pewarna atau saffron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan langkah yang sama sekurang-kurangnya dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang.
Sumber: Majalah Rasa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim perayaan Aidiladha ini, tentu sekali stok daging korban yang diagih-agihkan akan melimpah ruah. Nak dimasak sekaligus tentu tak akan habis. Jadi simpan siap-siap cara penyimpanan ni bagi mengelakkan pembaziran.
(a) Jangan Basuh
Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
(b) Simpan Dalam Ukuran Kecil
Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2 – 4 kg daging ketul besar sekaligus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik.
Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja. Dengan cara ini, daging dalam peti sejuk beku boleh tahan lebih satu tahun.
(c) Jangan Terus Dibekukan
Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
(d) Cara Menyahbeku
Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging sudah dinyahbeku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
(e) Tip Tambahan
Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...