Senang Je Rupanya Nak Buat CHURROS, Sesuai Sangat Untuk Minum Petang Hari Ni!

Melancong ke Sepanyol, pasti hidangan tradisi negara Mediterranean ini menjadi santapan di restoran-restoran mahupun di kaki lima. Resipi dari negara Sepanyol yang terkenal dengan hidangan Pealla menjadi hidangan utama di negara Mediterranean ini. Jika menjejakkan kaki ke sana, bolehlah mencuba menu kebanggaan Espana yang bersempadan portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi ini! Menu disediakan oleh Shahrul Hasnidar dari Frenzy Cupcakes

ini sebenarnya amat mudah untuk dicuba sebagai sajian minum petang. Selamat mencuba!

 

ESPANA STREET CHURROS

 

BAHAN-BAHAN:

125gm mentega

¼ sudu  kecil garam

1 sudu besar gula

1 cawan tepung pelbagai guna

3 biji telur3/4 cawan air

Minyak untuk menggoreng

 

Bahan Tabur:

1/3 cawan gula halus

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK:

Campurkan gula dan kayu manis ke dalam mangkuk dan ketepikan. Masukkan mentega, air, gula dan garam dalam periuk, masak hingga mentega cair dan air mereneh. Perlahan-lahan masukkan tepung dan Tutup api. Gaul rata sehingga membentuk doh lembut. Pindahkan adunan dalam bekas lain dan biarkan sejuk sedikit. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

Masukkan adunan dalam piping bag dengan hujungnya ada acuan churros, tiga bintang.Paipkan dalam minyak satu persatu di setiap bahagian kuali  sepanjang 6 inci.Goreng selama sehingga perang keemasan dan ranggup.Setelah selesai menggoreng dan churros sejuk baru taburkan campuran gula dan kulit kayu manis.Hidangkan bersama sos yang anda suka. Atau boleh dimakan begitu sahaja.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu