Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Ini bermakna lagi 2 minggu umat Islam akan meraikan hari lebaran. Terasa masa berlalu begitu cepat mungkin kerana tahun ini keadaan cuaca yang sejuk di sebelah petang akibat hujan yang turun lebat. Dalam menjalani ibadah berpuasa yang masih berbaki ini, agak-agaknya bila kah pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah ini mula berpuasa?
“Bila saya mula berpuasa? Saya mula berpuasa sejak sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan saya seorang budak baik, tak pernah ponteng puasa dan tidak punya kenangan curi makanan ketika semua orang tidak ada di rumah. Saya cuma pernah basahkan mulut sahaja tetapi tak sampai pernah telan air. Bukan macam orang cakap tu, sambil kumur terus telan air,” bicara Mira sambil tersenyum.
Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang sering menghiasi meja makan saat berbuka puasa, begitu juga dengan Mira. Patutlah Mira ni berwajah manis, rupa-rupanya suka makan kuih-muih yang manis. “Saya tidak mempunyai juadah berbuka puasa yang tetap kerana ia pasti berubah mengikut trend yang tengah in.
Basically saya suka makan benda-benda manis. Kuih-kuih tradisional yang manis memang wajib ada ketika berbuka. Contoh kuih yang menjadi favorite saya seperti Seri Muka, Tepung Pelita dan Pengat Pisang. Saya tak kisah asalkan ada benda manis, saya okay. Saya akan berbuka dengan benda manis terlebih dahulu. Tapi air yang manis, saya tak suka pula.
Saya jenis yang boleh makan semua benda. Saya tidak memilih makan. Even kalau saya travel ke luar negara memang saya boleh survive sebab berani mencuba makan benda baru. Kalau pergi Jepun lama-lama, makan sushi saya boleh survive, pergi Istanbul makan roti keras pun saya boleh survive. Alhamdulillah perut saya jarang meragam kalau makan benda-benda yang tidak biasa,” ujar Mira yang merupakan MUSE ARIANI ini.
Berpuasa Di Set Penggambaran
Mira sendiri turut teruja dengan kehadiran Ramadan namun terpaksa akur dengan tuntutan kerjaya. “Bulan Ramadan tahun ini saya terpaksa bekerja kerana beberapa drama saya dijadualkan keluar ketika bulan puasa dan bulan raya. Jadual saya agak padat sehingga bulan Jun. Memang tiada break langsung ketika Ramadan kali ini kerana saya terlibat dengan penggambaran drama dan juga filem.
Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di set penggambaran. Tahun lalu saya berehat dan menghayati Ramadan sepenuhnya namun pada tahun ini saya kembali bekerja di bulan puasa. Sebenarnya tiada beza berpuasa di rumah atau di set penggambaran. Jika berpuasa di rumah lebih santai kita tak perlu rushing mengejar sesuatu. Apabila berbuka puasa di rumah lebih dengan keluarga lagi seronok. Seronok kerana mak akan masak juadah kegemaran saya. Begitu juga kalau berbuka di luar kita lebih tenang berbuka puasa dengan kawan-kawan.
Namun, bila di set penggambaran lebih kepada mengejar masa. Sebab kadang-kadang malam pun kita ada shooting
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi kadang-kadang a bit rushing mengejar masa. Ditambah pula di siang hari penat sedikit. So far alhamdulillah pengalaman berbuat di set penggambaran tidak pernah membebankan saya.Sebenarnya seronok juga berbuka puasa di set penggambaran sebab kami akan berbuka puasa ramai-ramai. Biasanya bila kita shooting semua krew penggambaran akan dianggap seperti keluarga. Daripada pelakon, pengarah dan krew yang terlibat sebab kita shooting dalam jangka masa yang panjang dalam dua bulan atau lebih untuk drama. Jadi bila buka puasa bersama-sama saya masih rasa seperti berbuka bersama keluarga sendiri,” terang graduasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.
This website uses cookies.