Demi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina, warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin-pemimpin wanita ketika pandemik COVID-19 sedang aktif di seluruh dunia.

Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh lebih 260,000 orang di seluruh dunia setakat ini.

Ads

Berdasarkan laporan Astro Awani, berikut beberapa pemimpin wanita dan prestasi mereka sepanjang menguruskan pandemik ini.

(1) Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis COVID-19

Ardern telah beberapa kali menarik perhatian dunia atas prestasi kepimpinannya yang cemerlang sekali gus memberi nafas baru kepada arena politik yang didominasi oleh lelaki.

Ekoran wabak COVID-19 yang melanda New Zealand saat ini, Ardern telah mengambil langkah awal dengan menutup kawasan sempadan dan melarang kemasukan warga asing bermula 19 Mac lalu.

Selain itu, beliau juga menguatkuasakan perintah kawalan lockdown selama empat minggu bermula 23 Mac. Hal ini juga telah memaksa penutupan perniagaan non essential.

Di samping itu, Ardern turut mengarahkan proses saringan besar-besaran bagi mengenalpasti sesiapa yang didapati positif wabak tersebut. Difahamkan, terdapat rekod sebanyak 1,300 kes yang dilaporkan susulan pengesanan itu.

Untuk rekod, New Zealand melaporkan sebanyak 1,147 kes aktif COVID-19 serta 21 kematian.

(2) Sanna Marin, Perdana Menteri Finland

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis COVID-19

Pemimpin termuda di dunia ini juga turut menonjolkan prestasi yang baik dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi wabak COVID-19.

Ini termasuk penutupan kawasan sempadan serta perintah kawalan lockdown dan penutupan perniagaan-perniagaan tidak penting (non essential) serta institusi-institusi pendidikan.

Dalam pada itu, Finland mempunyai peraturan penjarakan sosial yang ketat dan rakyat komited dalam memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.

“Kami ingin bergerak ke arah pengujian yang lebih meluas dan mengesan mereka yang terdedah,” kata Marin dalam sebuah sidang akhbar pada 22 April lalu.

Selain itu, kerajaan Finland juga memutuskan untuk melanjutkan larangan acara besar melebihi 500 orang sehingga akhir bulan Julai.

Untuk rekod, Finland merekodkan sebanyak 5,962 kes aktif COVID-19 diikuti dengan 267 kematian setakat ini.

(3) Katrín Jakobsdóttir, Perdana Menteri Iceland

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis COVID-19

Ads

Biarpun memiliki populasi yang kecil iaitu sebanyak 360,000, Iceland aktif melakukan aktiviti saringan besar-besaran secara percuma dalam usaha menangani penularan pandemik ini.

Berbeza dengan negara-negara jiran, sekolah dan institusi pendidikan masih dibenarkan untuk beroperasi diikuti dengan pengawalan yang teliti serta saringan secara besar-besaran dipertingkatkan di negara itu.

Tidak dilupakan, penjarakan sosial juga menjadi amalan harian rakyat Iceland walaupun perintah kawalan tidak diwartakan di negara tersebut.

Untuk rekod, Iceland kini merekodkan sebanyak 1,801 kes aktif COVID-19 dengan 10 kematian.

(4) Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis COVID-19

Setelah mendapati bahawa wabak berbahaya ini mula menular di Taiwan pada Januari, Tsai menguatkuasakan larangan kemasukan pesawat luar ke republik itu.

Ads

Kerajaan itu kemudian mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pengunjung yang tiba dari wilayah Wuhan, China.

Apabila sektor kesihatan di seluruh dunia kekurangan set peralatan perlindungan diri (PPE), Taiwan telah mengambil langkah awal dalam meningkatkan stok PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan negara itu.

Memetik laporan Time Magazine, Tsai berkata, “Hasil kerjasama pakar teknologi, farmasi dan kedai-kedai runcit, kami memulakan rancangan pembahagian pelitup muka dalam usaha mengatasi isu pembelian panik.”

Langkah awal yang diambil oleh Taiwan membuahkan hasil apabila hanya terdapat 393 kes aktif yang dilaporkan dan enam rekod kematian.

Untuk rekod, Taiwan yang mempunyai populasi seramai 23.78 juta itu melaporkan hanya 440 kes aktif COVID-19 dan tujuh kematian setakat ini.

(5) Angela Merkel, Canselor Jerman

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis COVID-19

Pemimpin Jerman yang penuh berpengalaman ini juga tidak dikecualikan dalam menonjolkan prestasi yang cemerlang pada waktu ini.

Jerman mula menguatkuasakan perintah kawalan lockdown pada 22 Mac lalu.

Merkel, yang memiliki doktor falsafah (PhD) dalam kuantum kimia turut mendapat perhatian ramai dalam ucapannya di sebuah sidang akhbar pada 16 April lalu di Berlin berkenaan kaedah ujian Reverse transcription polymerase chain reaction (RT PCR).

Merkel menampilkan karakternya yang tinggi dalam ilmu pengetahuan serta komited untuk mengatasi penularan wabak ini adalah membanggakan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI