Begitu pentingnya doa dan restu seorang ibu buat seorang anak. Itulah kunci serta keberkatan kejayaan yang sebenar. Berkat sentiasa menyantuni ibu, ikon usahawan sukses, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor bersyukur kerana perjalanan perniagaannya sentiasa dipermudahkan. Rezeki juga sentiasa murah. Segalanya berkat doa dan restu ibunya.

Ads

Sentiasa Santuni Ibu Asbab Berjaya Dalam Bisnes “Saya Tumpang Rezeki Mama”-DATO’ SHAREEN ALMASHOORBerikut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 42 tahun ini di akaun Instagramnya yang dapat kita jadikan inspirasi:-

“Lepas Mama bersara dari Lembaga Hasil Dalam Negeri kira-kira 15 tahun dahulu dan sebelumnya lagi memang Mama most of the time tinggal di rumah saya.

“Tapi semenjak 4 tahun lepas Mama banyak di rumah adik bongsu saya Faatin selepas dia melahirkan anak pertama. Lepas itu lahir pula anak kedua. So jaranglah Mama dapat tinggal di rumah saya selepas itu.

“Kali ini, Faatin kena balik kampung rumah mentua, apa lagi peluang keemasanlah. Mama is staying with me, hurray!!

Sentiasa Santuni Ibu Asbab Berjaya Dalam Bisnes “Saya Tumpang Rezeki Mama”-DATO’ SHAREEN ALMASHOOR“Seronok sangat bila Mama stay here, walaupun Mama dah kurang daya ingat. Cakap berulang-ulang kali yang sama but we enjoy it.

“Entah berapa lama lagi kita nak dapat peluang ada “syurga” dalam rumah dan hidup kita ini entah berapa lama lagi hayat mereka. So, semenjak Mama duduk sini, setiap hari saya keluar mesti bawa Mama sekali. Tak kiralah ke bank ke, office ke, meeting ke, lunch meeting, tea meeting, masjid, madrasah, saloon semua bawa Mama

Ads

Sentiasa Santuni Ibu Asbab Berjaya Dalam Bisnes “Saya Tumpang Rezeki Mama”-DATO’ SHAREEN ALMASHOOR“Dan setiap kali bersama saya selalu minta Mama doakan. Kadang-kadang sehari lebih dari 10 kali heheh.. tamakkan doa seorang ibu.

“Kepada semua sahabat, sekiranya masih ada ibu, ayah,jagalah sebaiknya kerana masa kita bersama mereka ibarat lampu isyarat jingga menanti merah. Lepas ini kita akan kehilangan sebesar-besar kasih sayang dan redha Allah dalam dunia ini.

Ads

“Juga Ingat, anak-anak memerhati cara kita layan ibu kita. Kerana begitulah cara mereka akan layan kita nanti. Lead by example.

“Kasih ibu membawa ke syurga.

Dua anak perempuan Dato’ Shareen ialah Puteri Balqis, 18, dan Puteri Zara, 15. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam bisnes seperti ibu mereka. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan ilmu-ilmu bisnes dari Dato’ Shareen yang ingin melihat mereka berjaya dalam minat mereka serta akademik.

Sentiasa Santuni Ibu Asbab Berjaya Dalam Bisnes “Saya Tumpang Rezeki Mama”-DATO’ SHAREEN ALMASHOORKredit Foto: Instagram Dato’ Shareen Almashoor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI