Di sebalik penampilan glamor seorang artis mahupun selebriti, adanya sentuhan fashion stylist yang bertanggungjawab menyediakan, memilih serta menata gaya personaliti pilihan.
Farah Dinana atau nama sebenarnya, Nor Farah Dinana Abdul Fattah antara generasi muda yang sedang rancak membina nama sebagai fashion stylist berjaya di Malaysia. Bukan itu saja, wanita berketurunan Indonesia-Belanda ini juga pernah terlibat dalam kempen-kempen yang dianjurkan oleh FashionValet, SimplySiti dan Creacion. Ternyata, kemampuan wanita berusia 27 tahun ini tak boleh dipandang mudah.
Sejak itu, mereka sering mendapatkan pandangan saya tentang apa yang sesuai untuk dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu. Saya juga suka membeli koleksi majalah fesyen dan mengikuti perkembangan trend semasa.”
PENGALAMAN MENCABAR
“Antara pengalaman mencabar pernah ditempuhi sepanjang bergelar fashion stylist ialah pernah baju-baju yang saya bawa untuk klien tak muat atau terlalu besar. Satu lagi pengalaman, saya pernah tertinggal barang styling di rumah. Waktu itu saya dah pun sampai di set. Kebetulan shooting akan bermula setengah jam saja lagi.
IDENTITI & CARA TERSENDIRI
“Setiap fashion stylist ada identiti dan cara tersendiri. Saya sendiri sukakan persaingan sihat. Saya sendiri sentiasa meningkatkan kemampuan dengan mencari kelainan dan kreatif dalam setiap penataan gaya. Saya juga ada identiti tersendiri apabila membuat styling. Apabila hasil kerja saya dikongsi di laman sosial, orang akan tahu itu adalah artwork saya.
Idola saya semestinya Min Luna yang dianggap sebagai ‘sifu’. Selain diberi peluang untuk bekerja dengannya satu ketika dulu, Min Luna juga banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu bermanfaat bagaimana menjadi fashion stylist berjaya. Saya juga amat meminati hasil kerjanya.”
IMPIAN
“Impian saya untuk menjadi ikon wanita Melayu berjaya dan membina empayar perniagaan hebat di mata dunia. Selain itu juga, saya mahu masyarakat mengingati hasil kerja dan idea-idea saya. Maka, saya perlu berusaha memberi kelainan dalam setiap hasil kerja.
Tak lupa rakan-rakan yang banyak membantu ketika susah mahupun senang,” akhiri Farah Dinana. 2021 merupakan tahun ke-5 Farah Dinana bergelar fashion stylist. Semoga terus sukses Farah Dinana!
Kredit Foto: Instagram Farah Dinana
This website uses cookies.