Syawal kali ini disambut dengan lebih bermakna dan berharga buat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana akhirnya dapat beraya bersama puteri kesayangan yang telah dinantikan selama hampir 11 tahun.
Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Tokti dan Datuk K dengan kehadiran Siti Aafiyah sebagai penyeri rumah tangga mereka. Tengok saja gambar-gambar Aafiyah beraya bersama keluarga yang Tokti share di laman instagramnya. Aafiyah siap senyum ‘senget’ lagi. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah ya.
Sumber: Instagram @ctdk
Mata Bundar & Kulit Putih Melepak, Comelnya Puteri Sulung ADIRA SUHAIMI!
Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan hanya dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari… Adira juga gemar memuatnaik foto momen bersama anak-anak tersayang. Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial pelantun lagu Pujaan Hati ini. Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lima tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata comel. Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka yang lahir pada 10 Mac 2017 dan kini berusia tiga tahun.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat ketika itu 3.2 kilogram. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan Hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
https://www.instagram.com/p/CDGFUyhjpQh/
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 8 Ogos lalu pula dinamakan Anggun. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai tiga orang anak namun penyanyi berusia 29 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes. Pada 20 Ogos lalu, Adira telah melancarkan single terbaharu berjudul ‘Maaf’. Di samping itu, dia juga ligat memasarkan produk jenamanya sendiri iaitu Adira Rose. Sehingga kini, Adira Rose memiliki rangkaian penjagaan wajah seperti hydrating sleeping mask dan wangian.
Kredit: Instagram Adira Suhaimi
Tahniah! DATUK HANS ISAAC Antara 16 Dilantik Anggota Perbadanan Stadium Malaysia
Tahniah buat Datuk Hans Isaac di atas perlantikan sebagai anggota Perbadanan Stadium Malaysia yang baharu berkuat kuasa beberapa hari yang lalu. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan selebriti dan pelakon tersebut bersama 15 yang lain.
Pelantikan individu-individu yang terdiri daripada pelbagai sektor mengambil kira pengalaman yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing dan bakal mencetuskan impak yang positif kepada pembangunan perbadanan sebagai hab sukan dan hiburan yang unggul.
Melalui kenyataan Unit Korporat KBS, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan, melalui barisan keanggotaan baharu ini, misi beliau adalah untuk memastikan hala tuju perbadanan lebih mapan.
Katanya, ia merangkumi dari segi pengurusan fasiliti yang berdaya mapan, mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
“Bagi sektor Korporat, pengerusinya adalah Datuk Hans Isaac; Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC); Datin Anita Azrina Abdul Aziz (Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, Petronas); Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengacara rancangan ‘Money Matters’ serta ahli korporat dan penganjur acara antarabangsa) dan Aaron Sarma (Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures).
Bagi persatuan sukan, turut dilantik Mohd. Joehari Mohd Ayub sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia; Afrita Ariany Nasril (Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia); Nishel Kumar Silvaraja (Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia); Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia) dan Tan Seok Khoon @ May Tan (Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Malaysia).
Untuk sektor kerajaan pula, Mohd. Faidz Sanusi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia; Ramona Mohd. Razali (Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik), Kementerian Belia dan Sukan); Datuk Abd Shukor Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri); Datuk Mohamad Razif Abd Mubin (Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); Christina Dominic Cotter (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia) dan Mohamad Darus Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya).
Anggota perbadanan bersama yang dilantik ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd. Faidz Sanusi dan pengurusan kanan perbadanan yang akan mencipta semula pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua.
Makin meningkat usia, makin berjaya Dato’ Hans Isaac. Kalau sebelum ini namanya dikenali sebagai pelakon, pengarah dan penerbit kini jejaka berusia 51 tahun berkenaan turut terkenal sebagai ahli politik.Dato’ Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac menyertai parti politik Pakatan Harapan (PH) sekitar tiga tahun lepas.
Nekad Bersara Dari Bidang Lakonan, HAIRUL AZREEN Mahu Fokus Luangkan Masa Dengan Keluarga!
Tiada angin tiada ribut, pelakon filem Wira Hairul Azreen hari ini mengumumkan beliau nekad untuk berhenti berlakon secara rasmi! Lebih sedekad dalam industri hiburan, pengumuman itu dikongsikan beliau ketika ditemubual menerusi radio Era.FM sebentar tadi.
Keputusan drastik ini bukan sahaja mengejutkan para penghebah video malah para pendengar yang mendengar keputusan drastik daripada Hairul Azreen yang berumur 35 tahun itu.
Menurut Hairul yang juga suami kepada pelakon Hanis Zalikha tersebut, dia sudah berjaya mencapai segala matlamat dan impiannya sebagai anak seni daripada belakang tabir sehinggalah ke kaca television.
Selain it, Hairul juga mendedahkan filem MALLBATT: Misi Bakara bakal menjadi filem terakhir lakonan beliau malah Hairul Azreen membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana mahu memfokuskan kepada keluarga.
Menurutnya, berlakon memerlukan komitmen yang tinggi di mana filem MALLBATT: Misi Bakaran mendesak beliau untuk berlakon dalam tempoh 6 bulan manakala misi untuk membuat badan pula memerlukan komitmen yang tinggi.
Kekurangan masa bersama keluarga serta anak-anak yang semakin membesar antara punca utama yang membuatkan Hairul yang juga merupakan seorang pelakon lagak ngeri memilih untuk berhenti berlakon.
Sementara itu, Hairul Azreen memamklumkan beliau hanya sekadar mahu berhenti berlakon dan masih lagi aktif di Instagram dan TikTok. Selain fokus bersama keluarga, beliau serta isterinya, Hanis Zalikha akan turut memberi tumpuan kepada bisnes mereka.
Selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Hairul Azreen!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***