Syawal kali ini disambut dengan lebih bermakna dan berharga buat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana akhirnya dapat beraya bersama puteri kesayangan yang telah dinantikan selama hampir 11 tahun.
Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Tokti dan Datuk K dengan kehadiran Siti Aafiyah sebagai penyeri rumah tangga mereka. Tengok saja gambar-gambar Aafiyah beraya bersama keluarga yang Tokti share
di laman instagramnya. Aafiyah siap senyum ‘senget’ lagi. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah ya.
Sumber: Instagram @ctdk
This website uses cookies.