Kehadiran tahun baru membuatkan dunia kanak-kanak kembali sibuk dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti. Namun, dalam pada kesibukan menyiapkan kelengkapan persekolahan terdapat juga kanak-kanak yang tidak bernasib baik terpaksa menghabiskan masa di hospital.

IKLAN

Menyedari tentang kehibaan kanak-kanak yang terpaksa tinggal di wad kanak-kanak telah mencetuskan idea kepada 3M Malaysia bergabung bersama kelab sukan 3M untuk melawat kanak-kanak di wad pediatrik di HKL.

Kehadiran mereka telah menceriakan kanak-kanak yang berada di sana. Ketika kunjungan ini berlangsung, Pengarah Pengurusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair, telah mengedarkan 70 ‘Boxes of Love’ kepada kanak-kanak yang berada di wad tersebut. Kotak ini lebih bermakna apabila telah didekorasi oleh kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Bestari.

Senyuman Untuk Kanak-Kanak Di Hospital, Usaha 3M Ini Betul-Betul Beri Inspirasi!

IKLAN

Di majlis yang sama Parameswaran turut menderma 3M™ Filtered Water Dispenser HCD-1A bernilai RM4,799 di wad tersebut. Mereka menyasarkan agar kanak-kanak yang menginap di sana berpeluang minum air yang bersih dan lebih sedap. Malah turut menghulurkan 2 kotak permainan yang telah didermakan oleh pekerja-pekerja 3M.

IKLAN

Sesungguhnya keprihatinan seluruh staf 3M membantu mereka yang memerlukan adalah suatu tindakan yang sangat terpuji. Menceriakan hati kanak-kanak dan membuat mereka tersenyum semula merupakan anugerah yang tiada nilai. Semoga lebih banyak lagi badan-badan swasta yang melakukan CSR demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI