Jika Hari Malaysia 2022 lalu Datuk Lee Chong Wei mengumumkan isteri tersayang, Datin Wong Mew Choo sedang hamil, hari ini, jagih badminton negara itu berkongsi memgenai kelahiran cahaya mata ketiganya, seorang bayi lelaki.
Nampaknya, kehidupan keluarga legenda badminton negara ini bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo.
Menerusi laman Facebook, beliau berkongsikan khabar gembira berkenaan bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.
Untuk info, Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.
Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.
Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.
Biarpun sudah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.
– BERNAMA
This website uses cookies.