Di sebalik sifat tegasnya, Tun Dr Mahathir juga sebenarnya seorang yang lucu. Selain kerap dilihat bergurau senda bersama isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.. telatah Perdana Menteri Ketujuh Malaysia ini juga sering menjadi perhatian rakyat. Meskipun tanpa mengungkapkan kata-kata yang mencuit perasaan, namun mimik muka Tun M sudah cukup menggeletek hati ramai.
Terbaru, menerusi video kempen Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) sempena Aidilfitri yang menampilkan Tun M bersama Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook berjaya mencetuskan reaksi pelbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Dengan jumlah tontonan mencecah hampir 1 juta di laman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad, jelas terserlah sense of humour yang dimiliki pemimpin kesayangan ramai ini.
Ads
VIDEO Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri YAB PM dan Menteri Pengangkutan
Usai membicarakan fokus utama tentang keselamatan jalan raya menjelang Syawal yang bakal tiba, jenaka Tun M pada akhir babak video tersebut bersama team produksi JKJR nyata menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka mahu bergambar bersama.
Tun M: Did you vote for me?
Team JKJR: (Ketawa) Satu lagi soalan.. ambil gambar boleh?
Tun M: (Ketawa) Seorang sekupang
Pun begitu, misi utama video kempen keselamatan ini dihasilkan adalah sebagai panduan buat orang ramai untuk pulang berhari raya di kampung halaman kelak. Malah, ia turut mengetengahkan beberapa isu berkaitan kemudahan lalu lintas dan peraturan jalan raya.
Ads
Menjelas lanjut tentang pemanduan ketika berada di jalan raya, ini pesanan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. “Kalau mengantuk semasa memandu, berhenti. Pergi je tepi jalan, berhenti, tidur. Iyalah, sesetengah orang bila dah umur macam umur saya ini, kurang tenaga.
Biasanya orang 90 tahun tu usah bawa lah… Keseronokan saya ialah membawa kereta. Tapi saya dapat bawa kereta hujung minggu saja. Itu pun ada driver di tepi.”
Sementara itu, ketika mengulas tentang pembayaran saman, ini jawapan Tun M. “Kalau kita kena saman, kita kena bayarlah. Sebabnya kita kena bayar, sebagai satu tekanan ke atas kita supaya selalu ingat bahawa apabila kita buat sesuatu yang salah dalam memandu kereta, maka kita perlu membayar saman. Tapi kalau saman boleh diskaun, saya ingat dia tak jadi amaran kepada kita.”
Ads
Ini pula penjelasan Menteri Pengangkutan. “Tujuan kerajaan bukan nak menyaman orang. Bukan nak menyusahkan orang. Umpamanya baru-baru ini saya telah mengeluarkan perintah memperingatkan semua orang yang kena tukar air bag dalam kereta yang telah recall, mereka kena tukar. Kalau mereka tak tukar, kena saman.
Bagi saya yang pentingnya apabila kita memandu untuk balik kampung dalam fikiran kita kena ingat, kita nak balik berseronok dengan keluarga. Memandu tu kena berhati-hati. Kena bersabar,” ujar YB Anthony Loke.
Jadi, sebelum berangkat ke kampung nanti ingat pesanan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan ini. Usah terburu-buru dan sentiasa berhati-hati di jalan raya serta lakukan pemeriksaan kenderaan sebelum bertolak untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara Korea Selatan antara negara yang mencatatkan kes tertinggi dalam penularan virus Covid-19. Hal ini juga menyebabkan ramai selebriti Korea Selatan bertindak menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.
Rata-rata netizen negara tersebut malah peminat di seluruh dunia kagum dengan sikap kepekaan selebriti-selebriti Korea Selatan dalam menyumbangkan bantuan dari pelbagai aspek. Jom ketahui antara selebriti Korea yang memberi bantuan!
1. Shin Min Ah, Lee Byung Hun dan Yoo Jae Suk masing-masing menyumbangkan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) untuk membantu pesakit COVID-19 di Korea.
2. Park Seo Joon menyumbangkan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) dan Lee Young Ae sebanyak 50 juta Won (RM175,809.25) untuk membantu Komuniti Sosial di Daegu yang sedang menangani pesakit yang dijangkiti COVID-19. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli peralatan medik yang diperlukan.
3. Suzy, Son Ye Jin dan Gong Yoo turut menyumbangkan 100 juta Won untuk membantu mencegah penularan virus COVID-19.
4. Kim Jong Kook dan Kim Woo Bin juga turut memberi bantuan sebanyak 100 juta Won (RM351,618.50) kepada Community Chest of Korea. Bantuan ini diberikan untuk menangani dan mencegah COVID-19 seperti pembelian topeng muka dan hand sanitizer.
5. Park Hae Jin menanggung dana pembiayaan pembikinan video pesanan khidmat masyarakat ‘Instruksi Keselamatan Nasional COVID-19 melalui Kementerian Kesihatan & Dinas Pemadam Kebakaran Korea untuk mencegah penyebaran virus.
6. Kim Han Bin menyumbangkan sebanyak 100,000 topeng muka yang bernilai 200 juta Won (RM703,237) untuk mencegah penyebaran virus. Topeng muka tersebut diberikan kepada peminatnya, 20,000 topeng muka untuk Korea, 20,000 untuk China dan selebihnya dihantar ke Jepun, Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia.
7. IU memberi bantuan sebanyak 200 juta Won (RM703,237) kepada dua persatuan yang berbeza bagi membantu usaha pencegahan COVID-19 di Korea.
Sebenarnya bukan di Korea saja, malah ramai artis atau selebriti dari seluruh dunia turut memberi sumbangan dalam mencegah virus yang sedang melanda di seluruh dunia ini. Ada juga yang sanggup menjual barang peribadi demi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga selepas ini, ramai lagi insan-insan yang lebih prihatin dengan keadaan semasa ketika ini. Bukan saja selebriti, bahkan orang biasa pun boleh turut membantu. Sama-samalah kita bekerjasama dalam menangani wabak merbahaya ini. Stay safe everyone!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam tak percaya buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain. Selama ini kalau nak cepat dapat vitamin C memang makan buah limau saja. Rupa-rupanya, ada lagi buah yang lebih hebat kandungan vitamin C. Buah tempatan pula tu! Terima kasih kepada Prof Dr Imelda Balchin sebab merungkaikan misteri buah jambu batu yang pastinya ramai masih tak tahu.
Sebagai pengetahuan bersama, vitamin C merupakan vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara sebab anda perlu mendapatkan vitamin ini adalah disebabkan 6 hal berikut.
Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah
Menyembuhkan luka dan memulihkan parut
Memperbaiki dan mengekalkan tulang dan gigi
Ia juga penting sebagai anti oksidan yang berperanan menyekat kerosakan sel tubuh setelah terdedah kepada bahan kima berbahaya seperti asap rokok atau radiasi
Tanpa anti oksidan, proses penuaan jadi semakin pantas, penyakit jantung, arthritis (penyakit sendi) dan kanser
Tubuh manusia TIDAK dapat menghasilkan vitamin C secara semula jadi. Oleh itu ia perlu diserap melalui sumber tertentu terutamanya daripada buah-buahan
KHASIAT JAMBU BATU
Selain buah jambu batu, buah-buahan tempatan lain yang kaya dengan vitamin C adalah betik, tembikai, nanas dan mempelam
Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380 % daripada keperluan harian vitamin C
1 per 4 jambu batu sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin c harian yang diperlukan tubuh
Mudah sebenarnya nak dapat vitamin C. Lagi pun harga bagi sebiji jambu batu berharga dalam lingkungan RM1.50 ke RM 2 saja.
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19.
Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun iaitu pada 1 November 2022.
Berkongsi di Instagramnya, Che Ta meluahkan perasaan sayunya apabia melihat keadaan Aaisyah yang terbaring lemah akibat wabak tersebut.
“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana tetapi kesian sayang Mummy kena Covid-19.”
Namun begitu, Che Ta telah berjanji kepada puteri kesayangannya itu untuk mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran apabila Aaisyah sihat kelak.
“Dah sihat nanti kita sambut all out ye sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau.”
Para pengikut serta rakan-rakan artis mendoakan kesembuhan serta menitipkan ucapan hari jadi buat Aaisyah.
Semoga Aaisyah Dhia Rana cepat sembuh dan kembali ceria. Tak sabar nak tunggu momen sambutan birthday besar-besaran tu nanti.
Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana & Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...