Usahawan berusia 30 tahun yang berasal dari Terengganu yang kini viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin baru-baru ini mengadakan majlis bertemakan Bollywood anjuran syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd.
“Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari Sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua happy. My team will always be my VVIP guest,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kongsi Syarifah Khyra, telah menjadi impiannya sejak dulu untuk menganjurkan majlis berkonsepkan seupama itu.
“Saya beritahu pada team, saya nak dance floor sebab memang saya dah bayangkan nak buat macam dalam cerita Hindustan tu. Kita kalau nak buat sesuatu kena bersungguh, kan.
“Saya tak practise pun. Just rehearsal..Alhamdulillah menjadi juga,” kongsinya.
Selain meraikan kejayaan team, majlis tersebut turut mempromosikan suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances yang terkenal dengan panggilan #jellyajaibviral Ianya sinonom dengan tagline ‘Sekali Sedut Tak Cari Lain, Suami Makin Sayang’.
Menyingkap permulaan bisnes, disebabkan terlalu obses dengan kecantikan bintang K-Pop telah mendorong ibu kepada tiga anak ini untuk mengeluarkan produknya sendiri agar kekal cantik dan sihat.
Bermula dengan keluaran produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu, Syarifah Khyra kemudiannya menumpukankan perhatian terhadap suplemen atau makanan tambahan, jeli Bellrossa Advances.
Percaturannya membuahkan hasil apabila berjaya mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dalam bentuk jeli yang selamat digunakan. Ia diperkaya dengan 16 bahan makanan tambahan termasuk campuran vitamin, ekstrak buah serta jamu.
Jeli ini juga menjadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama.
“Syukur, jeli yang dikeluarkan ini menjadi. Ianya suplemen wajib makan bagi mereka yang bergelar wanita. Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus, selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.
“saya menjadi antara pengeluar produk pertama yang mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit seperti kebanyakan produk jamu. Kita sasarkan 100 ribu kotak jeli sebulan seterusnya 1 juta kotak dalam tempoh enam bulan.
“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan artis seperti Neelofa, Rozita Che Wan, Syatilla Melvin dan Elfira Loy,” katanya usai majlis.
Tambah Syarifah Khyra lagi, kepuasan dan keberkesanan produk jeli itu diluluskannya sendiri sebelum dijual.
“Saya akui mengeluarkan produk ini awalnya untuk kepuasan diri. Saya memang obses nak cantik dan jaga badan. Saya tak mahu tua sebelum usianya.
“Produk ini dihasilkan bukan semata-mata kerana wang. Tapi ia melalui proses kajian dan R&D untuk menyelesaikan masalah orang perempuan.
“Malah saya juga mengkaji suplemen dari Korea yang dimakan berasaskan jeli. Malah negara berkenaan juga ada mengeluarkan topeng muka berasaskan pudding,” katanya yang turut melakukan penjenamaan semula Fellera Beauty kepada Fellera Skin pada 2019.
Menurutnya, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.
Selain jeli, jenama ini turut mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki. Kedua produknya hanya dijual dengan harga mampu milik di bawah RM80.
“Ia membantu menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, hubungan suami isteri, zuriat dan komplikasi masalah kulit.
“Selain itu, jeli ini juga mempunyai rumusan kandungan bahan yang tinggi antioksida.
“Pendek kata, ia suplemen lengkap buat wanita. Malah saya dapat tahu ramai artis yang sanggup membelinya sebagai kegunaan harian. Saya juga menggunakan khidmat artis tanpa terlalu ‘hardsell’ atau menggunakan nama mereka. Sebaliknya, biar mereka mencuba dahulu dan merasai keajaibannya,” katanya.
BISNES BERKEMBANG
Dalam pada itu, Syarifah Khyra berkata hingga kini jenama naungannya itu mempunyai lebih 3200 pengedar.
“Selain mengajak ramai menjadi pengedar dan berniaga, saya juga menganjurkan kelas mengajar teknik pemasaran mempraktikkan amalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
“Ia termasuklah berkonsepkan pemasaran kerohanian dengan mengimbangi duniawi serta syurgawi. Selain berniaga, saya galakkan pengedar memperbetulkan diri ke arah kebaikan supaya rezeki lebih murah.
“Begitu juga saya terapkan doa berniaga dan amalan harian. Insya-Allah saya mahu terus sebarkan manfaat jeli dan jus ke seluruh dunia,” katanya.
This website uses cookies.