Tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Tak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu, tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Ads
Namun pada Februari lalu, selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat industri apabila dia diberi kepercayaan mengacarakan majlis red carpet KNKV Viral Award.
Pada majlis itu, dia anggun dalam persalinan hitam rona keemasan. Meskipun lama dah ‘tinggalkan’ industri tetapi aura ibu tiga anak ini tetap mempersona.
Tidak hanya penampilannya dirindui peminat dan menjadi tumpuan. Malah ‘baby bump’ Raja Farah ketika menghadiri malam anugerah KNKV viral turut terserlah.
Rupa-rupanya figura ini sedang hamil anak keempat dan dilaporkan bakal bersalin tidak lama lagi.
Berkongsi posting terbaharu, Raja Farah memuat naik gambar di samping keluarga tersayang ketika menyambut Syawal.
“Yes, I know. Raya dah habis! Gitulah anak dah 3 nak masuk 4 ni. Also busy menguruskan urusan-urusan lain juga.
Alhamdulillah my pregnancy dah masuk 34 weeks masa I post ni. Dah tak lama dah nak bersalin.
Doakan perjalanan pregnancy dan bersalin nanti dipermudah ya. Aamiin.”
Ads
Nama Raja Farah bukan lagi asing dalam industri seni sekitar awal tahun 2000. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, dia sudah membintangi banyak drama dan filem.
Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.
Seiring meningkat usia, kesemua selebriti wanita ini berubah selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga masing-masing.
Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Tiga permata hati pasangan romantis ini ialah Imran, Ilham dan puteri kesayangan, Intan.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak dara sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.
Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.
Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.
Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.
“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai Sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”
Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!
Kredit: Instagram Fatin Afeefa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulunya, wajahnya pernah tular dek seakan-akan mirip pelakon jelita, Mira Filzah. Dan kini dialah Dewi Remaja 2022. Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022. Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Namun siapakah sebenarnya Tracy? Jom kita rekap antara beberapa fakta menarik tentang dirinya.
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy.
Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan.
Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain.
Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.
Tahniah dan selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Tracie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba Syawal pasti ramai yang mahu berpakaian cantik dan bersih. Oleh itu ramai wanita mengambil peluang berdiet ketika berpuasa untuk kurus namun tidak mengamalkan pemakanan sihat.
Sebenarnya berdiet bererti mengehadkan jumlah pengambilan sesuatu jenis makanan tertentu mengikut keperluan tubuh tanpa menjejaskan kesihatan diri. Ini bermakna anda masih boleh berdiet walaupun sedang berpuasa.
Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh
Diet yang salah apabila anda mengambil makanan lebih sedikit kalori daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Wanita dewasa memerlukan 1600 – 2000 kcal kalori sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari.
Semakin aktif diri anda bermakna semakin banyak kalori yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi, setiap 8000 kcal lebihan kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kilogram.
Katakan tidak pada makanan berlemak?
Apabila berdiet anda langsung tidak mengambil makanan berlemak? Kecur liur melihat makanan yang berasaskan santan yang dijual di bazar Ramadan? Anda sebenarnya salah jika langsung tidak menjamah makanan yang berlemak.
Makanan berlemak ini sebenarnya salah satu elemen penting dalam kalori yang diperlukan oleh tubuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghindarkan lemak yang jahat. Lemak perlu dalam pengambilan makanan tetapi biar rendah lemak.
Memilih kelompok makanan tertentu
Anda pernah mendengar teman menyatakan dia sedang berdiet protein atau berdiet karbohidrat? Amalan menghindar kelompok makanan tertentu membuatkan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Amalan makan buah-buahan atau sayur-sayuran semata-mata membuatkan tubuh kekurangan vitamin atau mineral diperoleh daripada komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Hakikat sebenarnya sewaktu menjalankan program diet, tubuh kita memerlukan keseimbangan antara makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan nutrisi untuk menjaga agar tubuh tetap sihat dan cergas.
Tubuh memerlukan air yang banyak, beberapa vitamin penting, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serat dan oksigen. Apa yang penting, anda perlu memastikan agar program diet banyak menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ini akan membantu tubuh anda membangunkan sistem imun.
Mendapat nasihat doktor
Jika anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan berdiet maka sebak-baiknya dapatkan nasihat doktor yang bertauliah serta pakar tentang pemakanan dan penurunan berat.
Jika anda mempunyai sebarang penyakit berterus-terang dengan mereka. Pakar ini dapat menjelaskan tentang kandungan nutrisi yang sebenar yang perlu diambil.
Makan hanya ketika lapar
Kita boleh mengehadkan makanan yang masuk ke dalam tubuh tetapi, lagi disekat makanan lebih pula cepat terasa lapar. Jadi, apabila berbuka puasa makan dalam jumlah yang sedikit dahulu.
Jangan pula makan semua yang ada di atas meja. Kemudian baru mengambil makanan yang berat sedikit. Biar jumlahnya sedikit tetapi kerap. Jika terasa lapar semula baru tambah pemakanan anda. Makan mengikut perlu bukan nafsu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak Jasmin Hamid ceria lepas menjalani pembedahan bariatrik Februari lalu. Bukan hanya penampilannya lebih ramping dan menawan bahkan raut wajah juga bertambah seri! Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan Jasmin pasti perasan perubahan besar dari ...