Kehamilan merupakan proses yang indah namun kompleks untuk setiap wanita. Tidak dinafikan ibu hamil mudah terdedah kepada beberapa gejala ekoran perubahan hormon pada tubuh mereka. Ada di antara wanita hamil berhadapan dengan simptom seperti mengidam makanan, cepat letih, sakit gigi, perut kembung dan sembelit. Namun begitu, usah pandang ringan jika anda mengalami sakit di bahagian telinga.
Berdasarkan jurnal dan kajian kesihatan terhadap wanita hamil, masalah pendengaran ini bukan lagi sesuatu yang asing. Namun, ia bersifat sementara dan akan hilang sebaik melahirkan bayi. Secara lazimnya, gangguan ini berlaku pada pertengahan atau akhir usia kehamilan. Serangan sakit telinga ini boleh berlarutan selama tiga hari tanpa diketahui puncanya dan hanya melibatkan sebelah telinga sahaja. Malah, ibu mengandung juga tidak mampu mendengar bunyi atau suara pada gelombang frekuensi yang lebih rendah daripada 30 desibel.
Meskipun gejala ini tidak memerlukan rawatan dan mampu pulih sepenuhnya namun ia tetap mungkin berulang pada kehamilan seterusnya. Ramai para saintis menganggap sakit telinga di kalangan ibu hamil terjadi akibat peningkatan hormon dan pengumpulan air dalam tubuh. Pun begitu, ia turut boleh disebabkan faktor lain yang lebih kompleks.
PUNCA
Buat ibu hamil yang mengalami situasi gangguan pendengaran saat hamil boleh mencuba beberapa tip berikut.
PANDANGAN PAKAR
Beberapa saintis mencadangkan pengambilan suplemen Coenzyme Q10 dan dikombinasikan dengan vitamin E untuk merawat masalah pendengaran di peringkat awal. Bagaimana pun, jika sakit ini adalah sesuatu yang kronik, makanan sampingan ini hanya mampu mengurangkan sakit dan bukan bersifat merawat.
Kebanyakan wanita hamil tidak menyedari mereka mengalami masalah pendengaran yang tidak ketara. Misalnya masalah otosclerosis
iaitu kerosakan pada tulang kepala secara beransur-ansur dan berdepan risiko kerosakan saraf. Ada wanita yang menghidap otosclerosis tanpa disedari dan apabila hamil, tanda tersebut semakin jelas dan boleh memudaratkan. Justeru, pesakit harus berjumpa dengan doktor ENT kerana rawatan yang lebih terperinci diperlukan untuk mengembalikan pendengarannya.Penggunaan alat bantuan pendengaran akan dicadangkan kepada ibu hamil sekiranya ia kekal dan tidak dapat dirawat. Selain itu, pembedahan cochlear implant turut boleh dilakukan bagi merangsang saraf dan menambah sensitiviti telinga untuk mengesan gelombang.
This website uses cookies.