Tidur adalah cara tubuh beristirahat selepas seharian berjaga. Setiap orang disarankan supaya tidur sekitar lapan jam sehari untuk menyegarkan tubuh dan menajamkan fokus. Selain itu, tidur yang berkualiti juga boleh meremajakan kulit seseorang.
Tahukah anda, tidur yang secukupnya membantu organ-organ berfungsi dengan baik? Ketika tidur proses detoksifikasi (pengeluaran racun daripada tubuh) berlaku di bahagian hati, hempedu dan paru-paru.
Ads
Sedar atau tidak anda sering membuang air ketika tengah malam? Ini kerana proses detoks sudah berlaku dan berakhir di usus besar. Selain itu darah juga turut terhasil melalui sum sum tulang ketika sedang tidur.
Bahaya tidur lewat
Tidur lewat sering terjadi kepada penggemar media sosial ketika ini. Sebenarnya tidur lewat malam boleh mengundang kemerosotan kesihatan kepada seseorang. Amalan ini menjadi punca kerosakan hati dan mengganggu keseimbangan sistem tubuh yang lain. Tambah memburukkan keadaan jika makan lewat malam kemudian terus tidur.
Tidur tanpa bra
Tidur membantu tubuh untuk menghasilkan hormon imuniti. Tidur dengan bra atau pakaian dalam boleh menyekat proses pembaikan dan detoks tubuh. Menurut Penyelidik Sydney Singer, dalam bukunya Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko pembentukan kanser payudara.
Tidur dalam gelap?
Sebenarnya tidur di dalam bilik yang gelap memberi manfaat kepada tubuh. Ketika dalam gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin. Hormon melatonin ini sangat penting kepada tubuh kerana boleh membantu mencegah penyakit terutama kanser. Pengeluaran hormon ini tidak akan terhasil jika terdapat cahaya atau sinar yang menerangi.
Melatonin dan tidur
Ads
Melatonin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang terhasil di dalam otak. Ketika malam, paras melatonin ini mula meningkat. Peningkatan ini mempengaruhi rasa mengantuk dan memberi arahan supaya merehatkan tubuh dengan tidur. Kitaran melatonin ini penting kerana membantu tubuh menyeimbangi keperluan siang dan malam. Tubuh juga memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
TRIVIA TIDUR
Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, pasti kita akan sukar untuk menyesuaikan diri untuk tidur. Namun paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.
Kepentingan tidur
Ads
Tidur penting untuk melancarkan beberapa fungsi tubuh seperti menjana pembaikan otot, menguatkan daya ingatan, mengawal atur bahan-bahan kimia tubuh (terutama hormon yang berkait dengan tumbesaran dan selera makan) dan menguatkan sistem imun.
Tidur seimbang berat badan
Tidur yang cukup memaksa anda untuk tidur awal. Apabila tidur awal secara tidak langsung membantu bangun lebih awal. Memiliki kehidupan yang sihat dengan memulakan hari bersarapan awal mampu menyeimbangkan berat badan. Apatah lagi jika anda bersenam pada awal waktu, pasti berat badan tidak akan naik.
Bahaya tidur siang
Jika sekali-sekala tidur siang kerana kepenatan tidak mengapa. Tapi bagaimana jika tidur siang dijadikan rutin? Sebenarnya tidur siang meningkatkan perubahan negatif kepada hormon kerana meningkatkan stres kepada tubuh ketika bangun. Ada juga yang mengatakan tidur siang menyumbang kepada mimpi buruk. Justeru, kita memang tidak digalakkan tidur selepas waktu asar. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu ini, pasti ramai yang mengambil kesempatan memanjakan diri di spa. Maklumlah, setelah lima hari berpenat lelah dengan pelbagai tanggungjawab, pastinya peluang untuk melegakan tekanan di spa tidak akan disia-siakan.
Ramai wanita percaya bahawa rawatan di spa memang bagus untuk menyelesaikan masalah kulit wajah. Justeru tidak hairanlah jika ramai memilih untuk mendapatkan rawatan di situ untuk mengekalkan kecantikan.
Pun begitu, sebelum anda menyerahkan wajah pada terapi kecantikan, ada beberapa perkara yang harus dilakukan.
Pastikan tiba di spa dengan wajah bersih tanpa kosmetik, waima pelembap sekalipun. Biarkan ahli kecantikan memeriksa kulit anda. Dengan cara ini, ahli kecantikan dapat mengenal pasti masalah kulit dan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk kulit wajah anda.
Kongsi maklumat penting seperti gaya hidup dan amalan pemakanan bagi membantu pakar dalam menentukan jenis kulit anda. Biarkan dia tahu apakah alergi terhadap sesuatu seperti ubat supaya tidak timbul sebarang implikasi ketika rawatan. Anda pasti tidak mahu berlakunya masalah alahan selepas membuat rawatan bukan?
Hindari rawatan wajah jika kulit mengalami iritasi atau terbakar akibat sinaran cahaya matahari. Ini penting untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap kulit wajah anda. Jika anda baru sahaja meluangkan masa beberapa hari di pantai, anda juga tidak digalakkan mendapatkan rawatan wajah kerana proses pengelupasan akibat sunburn mungkin sedang berlaku terhadap kulit anda.
Sebaiknya buat temu janji terlebih dahulu untuk rawatan wajah, terutama jika anda perlu menghadiri sebarang majlis penting. Ini bagi memastikan kesesuaian rawatan yang dilakukan dan tempoh masa yang diperlukan untuk kulit kembali pulih seperti sedia kala sebelum menghadiri sebarang majlis.
Banyakkan minum air sebelum dan selepas melakukan rawatan wajah bagi membantu menjaga kulit anda daripada hidrasi secara optimum.
Walaupun rawatan wajah membantu menjadikan kulit bersih bersinar, namun anda perlu ingat untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan baik, anda tetap perlu menjaganya selepas rawatan.
Pastikan anda tidak makan sembarangan bagi memastikan kulit dalam keadaan yang baik.
Teruskan rutin penjagaan kulit wajah seperti sebelum ini. Gunakan pembersih yang lembut dan lakukan proses skrub bagi membuang sel-sel kulit mati sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
Pastikan anda sentiasa memakai pelembap kulit tidak kira siang mahupun malam. Ini bagi membantu kulit sentiasa lembap dan segar sentiasa. Selain itu, pelembap juga berfungsi dalam mengatasi kerosakan kulit akibat pancaran sinar ultra ungu. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Hritrik Roshan adalah antara superstar di arena perfilemen Bollywood. Pasti ramai di kalangan pembaca NONA membesar dengan filem-filem lakonannya seperti Kaho Naa Pyar Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Krrish, Koi Mil Gaya dan lain-lain.
Dan baru-baru ini dunia hiburan Bollywood digemparkan apabila Hritrik dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Saba Azad tidak lama lagi. Menurut laporan Geo.TV, hubungan pasangan ini dihidu sejak beberapa bulan lalu dan sumber mendedahkan mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga.
Memandangkan Hritrik adalah nama besar dalam dunia Bollywood, pastinya ramai menjangkakan dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan wanita yang setaraf dan lebih menawan dari bekas isterinya, Suzanne Khan. Namun, ramai mengecam perhubungan Hritrik dengan kekasih barunya, Saba Azad memandangkan perbezaan umur yang jauh diantara mereka berdua, sehingga mereka berdua tampak seperti bapa dan anak.
Namun, Saba Azad bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun namanya tidak segah bintang Bollywood yang lain, rupa-rupanya Saba Azad ini boleh dikatakan seorang wanita yang classy, anggun di kelasnya sendiri. NONA senaraikan antara beberapa fakta menarik tentang Saba Azad yang perlu anda tahu.
Nama sebenar Azad ialah Saba Singh Grewal.
2. Saba Azad merupakan anak saudara kepada artis teater terkenal India dan penulis drama komunis Safdar Hashmi.
3. Saba Azad memulakan kerjaya lakonannya bersama kumpulan teater arwah bapa saudaranya, Jana Natya Manch di Delhi, di mana dia bekerja dengan orang kuat industri seperti Habib Tanvir dan MK Raina.
4. Azad berpindah ke Mumbai dari Delhi dan mula membintangi drama arahan Makarand Deshpande yang dipentaskan di Teater Prithvi.
5. Filem pertamanya ialah dalam filem pendek Guroor yang diterajui oleh pengarah Ishaan Nair.
6. Dia membuat debut Bollywoodnya pada tahun 2008 menerusi filem Dil Kabaddi Anil Senior, yang turut dibintangi oleh Irrfan, Rahul Bose dan Soha Ali Khan.
7. Azad ialah seorang pemuzik dan penyanyi popular dalam industri persada muzik indie India dan merupakan ahli umpulan elektronik popular Madboy/Mink.
8. Azad membuka syarikat teaternya sendiri The Skins pada 2010 dan mengarahkan drama pertamanya Lovepuke yang ditayangkan di teater eksperimen NCPA pada September 2010. Baru-baru ini Saba Azad membintangi siri web Rocket Boys.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gaya hidup dan cita rasa Azrinaz Mazhar Hakim memang ada kelas tersendiri! Setiap apa yang digayakan pasti meraih perhatian khalayak. Begitu juga dengan kediaman milik bekas personaliti TV ini yang serba mewah dan luas bak istana!
Tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran buat peminat di media sosial, Azrinaz turut berkongsi persalinan indahnya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal.
Tampil sedondon bersama anak dan suami, tidak dinafikan Azrinaz kelihatan cukup anggun berbusana indah royal blue. Begitu juga suami tercinta yang segak berbaju Melayu rona sama.
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji momen bahagia Azrinaz sekeluarga. Bahkan jelitawan ini juga mesra dan rajin melayan followers tersayang.
Selain Azrinaz dan pasangan, telatah comel dua puteri kesayangannya juga menarik tumpuan. Kian meningkat usia dan ceria, baju raya mereka tidak kurang menarik dan eksklusif!
Walau masih kecil, bijak bergaya seperti ibu tersayang. Memang stylo dan rekaan unik di bahagian lengan serta diperincikan dengan manik!
Ucap Azrinaz, “1 Syawal. Selamat Hari Raya from our lil family to yours. Minalaidilwalfaizin. Maaf Zahir & Batin.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...