Seri Wanita Hamil, Macam Tak Percaya AYDA JEBAT Bakal Bergelar IBU Mula Karier Seni Usia 19

Sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu memang seronok melihat perjalanan hidup pasangan selebriti ini. Kedua-duanya sangat ceria dan jelas terpancar kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Baik Ayda Jebat mahupun suaminya, Nabil Mahir kedua-duanya suka bergurau dan usik mengusik antara satu sama lain.

Foto: Instagram @aydajebat
Foto: Instagram @aydajebat

Kini pasangan sama cantik sama padan ini bakal menempuh fasa baru dalam hidup mereka apabila bakal bergelar mommy

dan daddy tak lama lagi. Rasa macam tak percaya Ayda Jebat bakal bergelar ibu tak lama lagi.

Ayda Jebat memulakan langkah dalam karier seninya apabila menyertai program Akademi Fantasia Musim ke-9. Ketika itu usianya baharu sahaja menjangkau usia 19 tahun.

Foto: Instagram @aydajebat
Foto: Instagram @aydajebat

Mengikut jangkaan, Ayda Jebat atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat bakal melahirkan anak sulungnya pada awal bulan Oktober nanti.

Walau bagaimanapun penyanyi lagu Temberang ini telah memilih untuk menjalani pembedahan ketika melahirkan anaknya kelak. Ayda Jebat bakal bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaannya nanti. Tak kisahlah, bersalin normal atau pembedahan, janji ibu dan bayi yang bakal dilahirkan kelak berada dalam keadaan sihat.

Foto: Instagram @aydajebat
Foto: Instagram @aydajebat
Foto: Instagram @aydajebat

Baru-baru ini, pasangan selebriti juga telah berkongsi momen indah dalam hidup mereka mengumumkan jantina bayi yang bakal lahir nanti. “It’s a girl,“. Kongsi Ayda Jebat dan suaminya tatkala buat pengumuman tersebut di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat terdekat secara virtual.

Foto: Instagram @aydajebat
Foto: Instagram @aydajebat

Pengumuman yang turut dikongsikan di saluran YouTube Wuvv Show itu, dengan durasi 7 minit dan 58 saat penuh dengan gelak tawa. Seronok melihat bagaimana pasangan ini mengusik keluarga dan para sahabatnya.

Foto: Instagram @aydajebat

Ayda Jebat dan Nabil Mahir juga mengakui sudah menyenaraikan nama bayi mereka namun masih belum membuat sebarang keputusan buat masa ini. Tak sabar nak lihat bayi perempuan yang bakal lahir ini. Pasti cantik ikut kejelitaan mommy dan kekacakan daddy.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed