Sekarang ni ada yang dah mula buat persiapan raya. Tak mengapa, bila dah buat awal-awal tak adalah kelam kabut kan.
Bukan saja baju, kelengkapan perabot pun benda paling penting untuk difikirkan setiap kali menjelang raya. Setidak-tidaknya satu dua benda pasti ada yang baru contohnya langsir dan sofa.
Sekarang ini ramai yang meletakkan sofa berwarna putih sebagai pelengkap di ruang tamu. Bukan sekadar sofa bahkan perabot lainnya juga turut menerapkan warna putih mahupun senada.
Kesannya rumah akan menjadi lebih lapang, segar, mewah dan elegan dengan penerapan warna putih di segenap ruang.
Hanya segelintir saja yang cuba elak daripada menggunakan sofa berwarna putih kerana selain mudah kotor ia juga memerlukan penjagaan rapi berbanding perabot-perabot berwarna gelap.
Warna putih mudah dipadankan dengan berbagai warna dan gaya. Berikut 6 cara kreatif yang boleh anda cuba untuk menaikkan lagi seri sofa berwarna polos ini agar kelihatan lebih menarik dan tidak kaku.
NUANSA KELABU
Warna putih mempunyai kesan menenangkan untuk aktiviti santai dan istirehat. Untuk memiliki ruang tamu yang mendamaikan anda boleh memadankan sofa berwarna putih dengan sarung kusyen berwarna kelabu. Warna ini dapat mencetuskan kesan kehangatan dan ada tarikan tersendiri kerana ia tergolong dalam kumpulan warna neutral sekaligus menjadikan ruang tamu lebih elegan.
AKSEN KUNING
Untuk nuansa ruang tamu yang lebih cerah, ceria dan menyegarkan apa kata anda cuba warna berani ini yang mampu menjadi padanan serasi untuk sofa berwarna putih. Keberadaan aksen kuning mampu menyerlahkan aura dan menjadi kombinasi menarik dalam penataan sofa berwarna putih di ruang tamu.
TANAMAN HIJAU
Untuk menyegarkan lagi suasana dalam ruang tamu padankannya dengan tanaman hijau. Hijau bukan sahaja mencetuskan kedamaian malah kesan natural ketika seluruh ahli keluarga sedang berkumpul mahupun bersantai secara bersendirian.
AKSEN MENONJOL DENGAN KAYU
Elemen kayu boleh juga diterapkan sebagai ‘pendamping’ untuk sofa berwarna putih untuk menonjolkan aksen dalam ruang tamu. Eleman kayu juga boleh diwujudkan pada penggunaan meja atau kerusi di ruang tamu seterusnya posisikan ia dengan tepat agar dapat menonjolkan aura sofa berwarna putih.
NUANSA GOLD
UNTUK ELEMEN MEWAHMeskipun ruang tamu tidak luas dan mewah namun ada cara yang boleh dilakukan agar nuansa tersebut dapat ditonjolkan. Caranya mudah, padankan sahaja sofa berwarna putih di ruang tamu dengan meja serta hiasan bernuansa gold. Hasilnya, ruang tamu anda kelihatan lebih mewah dan mempesonakan.
WARNA TERANG
Pilihan warna-warna terang yang menonjol seperti merah, hijau, pink atau ungu boleh menjadikan sofa berwarna putih kelihatan lebih menarik. Dengan kombinasi warna-warna kontra dan terang dapat mengelakkan kesan kaku pada sofa berwarna putih.
This website uses cookies.