Penyampai radio wanita ini memang berbakat orangnya. Selain boleh menjadi pengacara, Feeya Iskandar juga ada bakat menyanyi. Ingat lagi pengakuan wanita berkulit cerah ini yang katanya pernah menyertai pertandingan nyanyian waktu zaman persekolahan dulu. Patutlah tak kekok berada atas pentas dan menyanyi depan khalayak .. rupa-rupanya dah mula minat bidang seni sejak kecil. Tambahan pula hobi Feeya yang selesa dikenali sebagai Cik Piah ni memang suka menyanyi.
Pernah menimba pengalaman di tiga stesen radio sebelum ini, Cik Piah yang kini menjadi penyampai radio Suria FM cukup terkenal dengan celoteh lucu dan bersahaja. Pendek kata, orang yang tengah stres pun boleh terus ceria bila ibu kepada dua orang anak ini ‘ke udara’. Bukan saja lincah di konti tapi isteri kepada Nurashid Abdul Wahab ini pun ligat di luar. Terutamanya dalam bab menguruskan keluarga.
Baru melahirkan anak kedua pada Januari lalu, ramai yang kagum dengan energy Cik Piah menguruskan dua anak lelaki yang masih kecil di samping mengusahakan produk kosmetiknya, FEEYA BEAUTY. Sebagai public figure
, setiap gerak-geri menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi bab penampilan diri.“Ada yang DM Cik Piah tanya macam mana nak kekal cergas macam Cik Piah, ke sana sini tak penat ke? Ya Allah, siapa kata tak penat.. penat memang penat. Sebenarnya rahsia tak adalah apa-apa pun cuma awak kena enjoy dengan apa yang awak buat. Lepas tu jangan kita rasa apa yang kita buat sekarang ni sebagai satu bebanan.
So kalau kita rasa benda tu satu beban, kita memang akan rasa stres. Tapi kalau kita bersyukur dan enjoy dalam setiap apa jua yang kita buat inshaAllah kita akan happy je. Walaupun tak cukup tidur, tak cukup rehat tapi benda yang kita buat tu dan kita suka. Jadi, kurangkan merungut dan teruskan bersyukur.”
Cik Piah atau nama sebenarnya Nur Shafiza Iskandar Azizan mendirikan rumah tangga bersama Nurashid pada Mei 2016 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Adam Malique, setahun dan Nur Aryyan, 6 bulan.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
This website uses cookies.