Siapa tak kenal dengan Scha Alyahya, isteri kesayangan Awal Ashaari yang sangat gorgeous and stunning!
Malah, Scha dan Awal turut digelar sebagai pasangan selebriti paling bergaya dan ikon fesyen di Malaysia. Pakailah apa jua jenis pakaian mahupun gaya, pasangan kepada dua anak ini tetap ada kelasnya yang tersendiri.
Pada 30 Mei 2023 lalu, genaplah usia Scha yang ke-40 tahun. Wah, nampaknya Scha dah masuk 40 series!
Tapi macam tak percaya je Scha dah masuk usia ‘emas’. Kalau cakap usia 20-an pun ramai yang percaya. Memang awet muda sungguh, tak makan dek usia.
Beberapa hari lalu, Juara Dewi Remaja 2005/2006 ini telah memuat naik satu video pendek di Instagram peribadi yang memaparkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran di kediaman mewahnya.
“Syukur Alhamdulillah for everything,” tulis Scha.
Apa yang menarik perhatian ialah tema dan konsep yang dipilih oleh Scha dan Awal untuk majlis istimewa itu.
Memilih biru dan putih sebagai warna tema, majlis yang diraikan secara sederhana dan Islamic
itu menarik perhatian ramai. Tenang je dengan pengisian aktiviti-aktiviti seperti jamuan dan solat berjemaah. Alhamdulillah.Scha tampil sederhana dalam persalinan jubah dress dilengkapi selendang rona biru lembut. Begitu juga Awal dan anak-anak tampil dengan rona senada. Comel sangat Lara dan Lyla!
Berseri-seri Scha dengan solekan tipis, tak nampak usia 40 tahun pun! Bersih dan gebu kulitnya tanpa kedutan. Tubuh pun kekal langsing persis anak dara!
Semoga Scha dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Paling penting, awet muda selalu!
Untuk info, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Kini usia perkahwinan mereka mencecah 11 tahun. Mereka kini bahagia bersama dua anak yang sangat comel iaitu Lara Alana (9 tahun) dan Lyla Amina (2 tahun).
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.