ZARA ZYA

Kalau sudah minat, benda yang susah pun sanggup tempuh. Memang Zara Zya ini kental orangnya. Tidak mahu bergantung pendapatan dalam bidang lakonan semata-mata, pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 ini berani mengembangkan potensi diri dalam pembuatan kek dan pastri pula!

Ads

Dikenali sebagai seorang selebriti yang pandai memasak dan suka menghabiskan masa di dapur, Zara menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan sendiri. Bahkan sebelum ini, Zara mengusahakan restoran ZaraZyaCooks yang mengetengahkan masakan tradisi seperti Masak Lomak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Bagaimanapun pada November tahun lalu, restoran tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu disebabkan penularan wabak Covid-19. Terbiasa dengan dunia masakan, Zara cuba mendalami bidang pastri dan kek. Percubaan Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainudddin nyata menjadi dan kek pisang dan coklat keluarannya mendapat sambutan menggalakkan pelanggan.

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek! Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek! Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek! Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek! Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Serius dengan pembuatan kek, Zara sanggup ambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas pastri. Dedahnya, “My second baking class. Semalam belajar decorations, alhamdulillah bertambah lagi ilmu dalam bidang buat kek dan pastri. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dalam bidang F&B saya ambil personal class tau. Belajar kat rumah Chef Liza Zainol je.”

Ingat lagi dalam temu bual dengan Zara sekitar dua tahun lepas, anak seni yang penuh dengan sifat ramah dan lucu ini memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak. Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”

Ads
Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!
Zara Zya

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!

Serius Ceburi Bisnes Kek & Pastri, ZARA ZYA Ambil Kelas Peribadi & Dalami Ilmu Buat Kek!
Antara kek yang terpaksa dibuang Zara

Di sebalik keterujaan Zara menjual kek, dia turut diuji apabila terpaksa membuang puluhan kek buatan sendiri pada 11 Februari lalu. “Menangis saya malam ni bila garam saya ingatkan bikarbonat soda. Masin semasin-masinnya kek saya malam ni terpaksa saya buang 32 biji. Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek ZaraZyaCooks walaupun ketawa dalam air mata.”

Ads

Moga usaha Zara untuk berjaya dalam bidang pastri dipermudahkan dan sukses seperti kejayaannya dalam industri seni.

 

 

Kredit foto: Instagram Zara Zya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI