Ramai yang berkata seorang nenek sering melebihkan kasih sayangnya kepada cucu berbanding anak sendiri. Kalau anak sendiri buat salah, pasti cubitan manja akan hinggap di paha tapi kalau cucu buat salah peluk cium yang mereka terima. Mungkin wanita yang memegang gelaran nenek sahaja boleh komen dengan kata-kata ini.
Dalam diam tak diam Pelakon dan Penerbit, Datuk Ziela Jalil juga sudah ‘naik pangkat’ memegang gelaran nenek apabila puteri sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah, 27 tahun selamat bersalin pada malam Jumaat lalu.
View this post on Instagram
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Datuk Ziela melalui laman media sosialnya tempoh hari. Kongsi Datuk Ziela, “My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya ALLAH,” katanya.
Datuk Ziela Jalil telah melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran cucunya itu dan berterima kasih dengan ucapan tahniah yang telah diterimanya di ruangan komen.
Agak-agaknya apakah nama gelaran yang digunakan oleh Datuk Ziela Jalil terhadap cucunya. Mungkin Tok Ma atau Tok Mummy?
Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018.
Terdahulu sebelum itu, Zeiela turut mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.
Kredit foto: Instagram @zielajalil