Gaya Hidup

Sertai Acara Maraton 21 KM Di Thailand, NIA RAMADHANI Bangga Pamer Medal & Gaya Hidup Sihat

Dua tahun lalu, nama Nia Ramadhani dan suami, Ardie Bakrie terpalit dengan kontroversi penangkapan penyalahgunaan dadah sehingga membawa pasangan tersebut berada di pusat pemulihan di Bogor.

Namun begitu, kedua-duanya mengambil pendekatan baharu untuk menjalani gaya hidup sihat dan melakukan perkara tersebut demi masa depan keluarga tercinta.

Nia Ramadhani kembali mengukir sejarah peribadi buat dirinya apabila berjaya menamatkan acara separa marathon baru-baru ini. Menurut perkongsian di Instagram miliknya, isteri kepada Ardi Bakrie ini menamatkan half marathon

di Thailand pada 12 Februari 2023 yang lalu.


Acara half marathon tersebut telah diadakan di Distrik Pran Buri, Thailand pada 12 Februari 2023 lalu. Larian tersebut bertemakan Scenic Half Marathon Pranburi 2023. Dalam foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, Nia bangga memegang medal tertulis
“Finisher 21 KM” sekaligus memperlihatkan kekuatan stamina ibu kepada tiga cahayamata ini menamatkan larian sejauh 21 kilometer.

Di sebalik kejayaan tersebut, rupanya ada kisah yang dilalui oleh selebriti cantik ini di mana dia memperuntukkan waktu untuk berlatih sejak awal tahun. Malah Nia turut mengambil seorang jurulatih peribadi untuk mempersiapkan dirinya dalam half marathon tersebut.

“Special thanks to coach @myudasazhari yang sabar tapi tegas, yang ga putus harapan sama aku saat semangat aku lagi kendor. Terimakasih juga untuk selalu bilang AKU tuh MAMPU disaat aku ga yakin sama diri aku sendiri,” ungkap Nia.

Untuk rekod, Nia Ramdhani mendirikan rumahtangga pada usia yang masih muda iaitu ketika dirinya memasuki usia 20 tahun. Nia berkahwin dengan Ardiansyah Bakrie yang juga merupakan anak kepada pengusaha dan ahli politik terkenal Aburizal Bakrie. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahayamata.

Menjengah Instagram milik selebriti ini, sememangnya dia aktif dalam kegiatan sukan dan sering berkongsi momen bersukan samada menyertai acara larian mahupun bersenam di gimnasium.

Kejadian terlibat dengan kes dadah benar-benar menjadi pengajaran buat dirinya dan suami untuk menjalani gaya hidup yang lebih positif dan menjadi contoh untuk orang ramai.

Share
Published by
Rosmah Idayu