Bukan mudah untuk jenama tempatan memecah tembok perniagaan di negara jiran apatah lagi dalam persaingan produk berasaskan kosmetik dan kesihatan yang mempunyai pasaran yang besar di negara jiran.
Kejayaan syarikat pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu membuktikan jenama lokal ini semakin diterima di pasaran luar negara.
Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan, dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.
Program ini juga menyaksikan penampilan khas Pengarah Urusan Eskayvie ,Kartika Wati Mohamed selain isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.
“Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.
“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.
“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan,” ujar Kartika Wati.
Sehingga kini, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.
“Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita ‘suri bisnes’. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.
“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.
Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my.
This website uses cookies.