Sesak Nafas, Jantung Degup Kencang, Kaki & Tangan Berpeluh, LINDA ONN Diserang Panic Attack!

Gerun bila dapat tahu DJ popular, Linda Onn diserang panic attack ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Siapa sangka, perasaan positif Linda untuk mematuhi PKP yang bermula 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 bertukar tragedi apabila dia berdepan situasi cemas terhadap dirinya sendiri. Dari hari pertama hingga hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah, Linda dilihat aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial.

Setiap hari ada sahaja yang ingin dilakukan selebriti ini untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Selain sibuk di dapur, Linda juga ligat mempromosikan perniagaan makanan miliknya My Moms Chicken Rice, percubaan menghasilkan hand sanitizer di samping meluangkan masa bersama anak tersayang, Ungku Zara yang berusia dua tahun. Bagaimana pun, memasuki hari kelapan PKP dia mula merasakan perubahan terhadap dirinya.

Kongsi Linda, “Kalau perasan sejak Day 1 hingga Day 7, setiap hari Linda upload aktiviti Linda kuarantin di rumah. Niat hati nak update setiap hari. Tapi Day 8 hingga Day 13, Linda tak update apa-apa. Sebab Linda kena Panic Disorder. Maknanya lebih intense dari anxiety. Jantung berdegup laju. Tangan dan kaki sejuk berpeluh. Sesak nafas. Perut bergelodak. Mabuk. Takut. Nervous. Loss control. Akhirnya dada Linda sakit sangat.

So Linda pergi jumpa psychiatrist dan terangkan satu persatu. Semua yang Linda terangkan ada dalam buku ‘Panic Disorder’ doktor tu. Doktor kata semua itu simptom panic disorder.”

Menurut Linda lagi, perubahan yang dirasakan kian memuncak sebaik dia pulang dari Singapura. “Rasanya Linda kena panic attack sebab disuruh kuarantin lepas balik
Singapore. Then tiba-tiba selsema. Waktu ini dah fikir bukan-bukan. Bila dah start panic mulalah kita rasa sakit itu, sakit ini. Then ada orang suggest

itu dan ini. Whatsapp yang masuk semua cerita pasal ni. Nak keluar rumah tak boleh. Nak cerita kat Zara, dia tak faham lagi. Fikiran pun jadi celaru. Nak nak musim Covid-19 ni.

Semua sebab-sebab di atas buat Linda fikir terlalu banyak, jadi risau gelisah. Hanya tenang sewaktu solat dan baca Quran je. Sejak dari tu, Linda tak dengar atau tengok satu berita pun. Linda tak nak ambil tahu. So no

FB, no IG, no news, no whatsapp and no TV,” ujarnya.

Walau sudah melakukan bermacam-macam usaha untuk tidak terlalu memikirkan tentang wabak yang sedang melanda namun minda Linda masih bercelaru. “Dan panic attack ni boleh serang bila-bila masa je tak payah ada benda trigger. So hari ni, setelah seminggu Linda bergelut dengan panic disorder, barulah Linda dapat bernafas sikit. Mungkin fikiran dah lebih positif.

Tapi dada masih sakit sebab jantung kerja keras waktu kejadian. Dan hari ni juga hari pertama Linda kembali ke udara di radio. Otak ni dah divert ke kerja, tak fikir sangat pasal perkara bukan-bukan dan sejak malam tadi Linda dengar Youtube, guided meditation for panic or anxiety attack. Dia ajar breathing technique dan macam mana nak tenangkan diri.”

Dalam keadaan semasa yang memaksa masyarakat duduk di rumah untuk mengelak daripada jangkitan Covid-19, tidak dinafikan terdapat segelintir daripada mereka yang mudah diserang simptom seperti dialami Linda Onn akibat terlalu risau dan memikirkan sesuatu perkara. Jika perubahan seperti ini turut dirasai anda, segeralah bertemu pakar dan cuba menghilangkan kegusaran dengan melakukan perkara yang boleh membuat anda berasa tenang.

Buat Linda Onn, semoga anda kuat menjalani hari-hari mendatang dan diberikan kesembuhan segera.

Share
Published by
Suzi