Biarpun sudah setahun Allahyarham Ashraf Sinclair pulang menemui Ilahi, namun kisah cintanya dengan isteri, Bunga Citra Lestari masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.
Sebagai balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menjadi perhatian ramai. Meskipun masih terkesan dengan pemergian Ashraf, namun beliau kini kelihatan lebih terbuka berkongsi keadaannya dalam program ‘The Untold Story About Love Story’.
Ads
Program yang disiarkan pada Sabtu (13/2/2021) melalui YouTube peribadi, IT’S ME BCL itu turut menampilkan sahabat baik Bunga iaitu Daniel Menanta. Tanpa berselindung, beliau menceritakan bagaimana sukarnya menerima hakikat kehilangan orang paling disayangi.
Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada tanggal 18 Februari 2020 pada usia semuda 40 tahun. Sebak rasanya apabila Bunga mengungkap penyesalannya selama arwah masih hidup. Kala itu prioriti beliau adalah kerjaya sebagai penghibur.
“Priority is work at that time, jadi kayak one of my biggest regret,” kata Bunga.
“I wish gua bisa lebih have more time if i know, but nobody knows,” sambungnya.
Daniel Mananta kelihatan tidak bersetuju dengan ucapan tersebut. Menurutnya, jika waktu diputar kembali pun tak akan ada yang berubah.
Daniel juga meminta BCL untuk berhenti menyalahkan dirinya sendiri.
“What would do differently kalau misalnya saat itu lu nggak memprioritaskan work, nggak juga.”
“I’m sorry Bunga, lu nggak boleh nyalahin diri lu seperti itu juga,” terang Daniel.
Mendengar ucapan Daniel, Bunga terlihat menyeka air matanya.
Ibu kepada Noah Sinclair itu juga menceritakan tentang apa yang direnungkan setelah pemergian Ashraf. Akui Bunga, beliau baru merasa jika apa yang dikejar selama ini sia-sia belaka, setelah kehilangan Ashraf.
“Ini yang gua rasain, gue tu kayak lari terus gitu lho Niel, larii ngejar apa sih? Ngejar apa nggak ada.”
“Gua lari dengan diri gua sendiri, dengan karier, gua lari,” keluhnya.
Ads
Meskipun telah berusaha membahagikan waktu dengan bijak, namun kerana persaingan yang begitu sengit dalam dunia hiburan bagai ‘memaksa’ Bunga mengutamakan kerjaya lebih dari segala-galanya.
“Gua punya aturan dalam hidup gua, gua punya waktu buat kerjaan, buat keluarga, gua ada aturannya.”
“Gua udah bagi semuanya, gua tetap masak di rumah segala macem. If i know, waktunya cuma segini, pasti pilihan gua akan beda.”
“This things happened itu menyadarkan gua kalo selama ini gua lari, in a competition with everyone, tapi nggak tau mau ke mana,” dedah Bunga dalam nada sebak.
Ads
Kini Bunga mengaku lebih santai dalam menjalani hidup dan menikmati setiap momen yang ada. Kebetulan beberapa hari selepas pemergian Ashraf, pandemik COVID-19 menular di seluruh Indonesia. Beliau berusaha menggunakan waktu tersebut untuk dirinya sendiri.
“Just slow down and enjoy every little moment.”
“When Ashraf pergi and then the pandemic happen, di situlah gua bener-bener stop,” ujarnya.
Bunga turut merasa bahawa selama ini beliau terlalu banyak menyenangkan hati orang hingga lupa terhadap dirinya sendiri.
“I’m taking my time, ga siap buat gue selama ini terlalu berdedikasi menyenangkan banyak orang,” akhirinya.
Sumber: Tribunnews
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali penyanyi bersuara emas dari seberang, Cakra Khan yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi pujaan peminat di Indonesia dan Malaysia, pemilik nama Cakra Konta Paryaman kini khabarnya semakin ligat mencipta nama di pentas antarabangsa.
Mana tidaknya, penyanyi berusia 31 tahun ini telah membuktikan dirinya sememangnya berbakat besar apabila menyertai ujibakat rancangan pencarian bajat Amerika, iaitu America’s Got Talent.
Malah Cakra Khan juga dipuji dek keunikkan suaranya malah turut mendapat standing ovation serta 4 YES dari keempat-empat juri termasuklah Simon Cawell.
Menyampaikan lagu Make It Rain milik Ed Sheeran, Cakra pada awalnya diminta untuk berhenti dan menyanyikan lagu lain. “Saya sangat suka suara anda, tapi saya tidak suka lagunya. Anda ada lagu lain?” tanya Cowell.
Personaliti televisyen itu kemudian memberikan peluang kedua kepada Cakra dan penyanyi itu menukarkan lagu kepada No Women No Cry nyanyian legenda raggae Bob Marley.
Persembahan itu akhirnya memukau semua penonton hingga para juri iaitu Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara, dan Howie Mandel.
Malah apabila ditanya apakah yang akan dilakukan sekiranya memenangi AS$1 juta, penyanyi itu berkata beliau ingin membina pusat perlindungan untuk haiwan.
“Bismillah. Assalamualaikum semuanya. Hai semua, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih dan bersyukur meraih sokongan anda dalam perjalanan di @agt @agtauditions. Semoga ALLAH SWT membalas kebaikan teman-teman semuanya. This song means a lot to me, the legendary Bob Marley ,” tulis Cakra Khan di laman media sosialnya.
Ditanya kenapa menyertai AGT 2023, Cakra berkata ia adalah bagi memantapkan diri, dan untuk mempelajari lebih banyak. Sebelum ini, penyanyi yang mempunyai kelainan upaya penglihatan Indonesia, Putri Ariani meraih perhatian di pentas AGT 2023 dan meraih golden buzzer daripada Cowell.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok melihat anak muda yang bijak merencana perjalanan karier dan tak takut untuk memulakan perniagaan. Wanita cantik ini juga tak terkecuali. Baru menginjak ke usia 22 tahun Tyra Kamaruzzaman sudah memiliki rangkaian kosmetik sendiri! Hebat bukan?
Lebih hebat apabila baru 2 tahun mengusahakan produk kecantikannya, gadis manis ini sudah berjaya memiliki kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Sememangnya kejayaan gadis yang mempunyai nama sebenar Athirah Kamaruzzaman ini menyuntik inspirasi.
Bercerita tentang reward diri sendiri ini, “Sebenarnya saya mula cari duit sendiri sejak umur 14 tahun lagi. Bermula daripada Instagram, ada yang bayar untuk product endorsement dan ada yang bayar untuk jadi model jenama mereka. Bila dah start dapat duit poket sendiri, saya jadi seronok sebab tak payah nak minta duit belanja daripada parents dah.
Bermula dari situ memang saya dah set target nak cari duit poket sendiri. Lepas umur dah meningkat, saya mula suka bersolek sebab suka tengok youtube tutorial tentang solekan. Masa tu mula dah nak pandai melawa,” tutur Tyra sambil tersenyum.
Tambahnya lagi, “Bila terima first paycheck yang ‘besar’ itu, saya masuk Sephora dan beli my first makeup. Sebab sebelum tu saya suka pakai kakak-kakak punya saja. Lepas dah start beli sendiri punya, saya jadi suka tengok jenama mekap yang kreatif.
Daripada situ, saya dah set azam untuk ada jenama solekan sendiri. Alhamdulillah, rezeki itu datang bila usia saya 18 tahun. Saya mula merancang untuk jenama sendiri dan alhamdulillah Beautyra dilancarkan masa umur saya 19 tahun, masa tu tahun 2018,” bicara Tyra yang mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan.
Tak sangka, gadis kecil-molek ini rupa-rupanya minat kereta. Patutlah reward diri dengan kereta. “Apa yang buat saya bersungguh-sungguh sampai boleh beli kereta mewah adalah kerana memang minat kereta. Selama ini saya menumpang atau guna kereta ayah.
Jadi saya dah nekad untuk beli kereta sendiri. Kalau pergi kerja boleh bawa kereta sendiri. Saya juga nak beli something big untuk reward diri sendiri sebab dah 2 tahun bekerja untuk Beautyra,” ulas Tyra yang mempunyai impian untuk membeli kereta Mercedes-AMG G 63.
Seperti usahawan muda lain, keluarga adalah pembakar semangat gadis kecil molek ini. “Alhamdulillah, bila dah beli kereta sendiri, parents saya gembira sangat. My whole family was happy dan itu sebenarnya pembakar semangat saya. My family is my everything,” ujar Tyra.
Bercerita tentang prinsip hidupnya, “Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain.
Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda,” jelas gadis ini.
Dalam masa 5 tahun akan datang apakah kejayaan yang telah dicapai? “Dalam masa 5 tahun akan datang, saya nak beli rumah untuk diri sendiri dan inshaaAllah nak join buat real estate pula.
Ketika itu saya berharap mampu beli apa sahaja yang parents saya nak inshaaAllah,” kata Tyra. Patutlah rezeki gadis ini mencurah-curah rupanya sentiasa mahu membahagiakan ibu dan bapanya. Sejuk perut ibunya mengandung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita penghijrahan Serina Datuk Redzuawan telah menggembirakan hati seluruh peminat yang mengikuti perkembangannya. Syukur kerana Serina kini manis bertudung dan telah nekad untuk menutup auratnya seperti yang dikehendaki syarak.
Bercerita tentang awal penghijrahan Pengarah Urusan Serina Food Empire (M) Sdn Bhd ini akui media sosial yang menjadi turning point untuk dirinya berubah seperti sekarang.
“Saya sangat bersyukur dalam berjuta-juta orang Allah pilih saya untuk berubah dan dibuka pintu hati di saat masih bernyawa.
Awal penghijrahan adalah bermula dengan saya mendengar ceramah-ceramah di Facebook. Lepas itu, saya hubungi ustazah yang saya kagumi, Ustazah Asma Harun. Beliau adalah ikon dan sifu yang saya mahu angkat sebagai guru.
Saya jumpanya secara personally, masa tu saya belum berhijab lagi. Saya katakan kepadanya, “Ustazah, Allah pilih saya untuk jadi anak murid ustazah dan Allah pilih ustazah untuk jadi guru saya.
Sebab bila saya tengok ustazah dalam ceramah membuatkan saya nak berubah, saya nak perbaiki diri saya, boleh tak Ustazah jadi guru saya,” cerita Serina.
Tambah Serina lagi apabila mendengar permintaanya, Ustazah Asma menjadi sebak. Jawab ustazah pula, “Ya Allah Serina, saya tak sangka. Saya peminat awak sebenarnya. Saya tengok awak dalam drama polis kini saya dapat jumpa dan nak jadi anak murid pula lagi. Saya sudi jadi guru awak,” luah Serina lagi.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, penerimaan Ustazah Asma merupakan hadiah yang cukup istimewa bila seseorang atau pendakwah hebat sudi menerima sebagai anak murid.
Nasihat Serina, “Jangan skip bila ternampak ceramah-ceramah agama di Facebook. Bila ternampak tu maknanya Allah telah pilih kita.
Sila tengok sampai habis dan bila tengok sampai habis sebenarnya akan dapat satu detik kesedaran sedikit. Setiap satu topik akan berbeza-beza.
Kalau perasan kadang-kadang keluar topik kat sosial media hari ini topik pasal anak derhaka, anak yang kadang-kadang naik suara dengan ibu, kadang-kadang you terfikir, saya pun pernah buat.
Keluar pula detik, kalau you terlalu sibuk sehingga kan lupa akhirat. Kejar duit tapi duit tak pernah cukup. Kita kena tengok ceramah agama ini agar boleh membentuk hati kita,” tutur Serina.
“Dalam masa yang sama, istiqamah is not easy. Kena mohon doa. Saya sendiri sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati dan takut dengan cabaran yang datang. Kalau kita susah Allah duga, kalau kita senang pun Allah akan duga. Nak mencari keredhaan Allah pun akan diduga.
Cari seorang guru, sebab kalau tak ada guru you akan lost. Sebab ada satu tahap manusia hati dia kadang-kadang akan down sangat-sangat dan akan tend untuk buat perkara yang tak sepatutnya. That why kita perlu ada rujukan seperti seorang ustazah,” ujar Serina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...